Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

‘Atok Miang’ Rakam Aksi...

SEREMBAN - Lelaki warga emas yang melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia...

Kempen Kibar Bendera Putih...

SHAH ALAM - Kesusahan dialami rakyat ketika berdepan pandemik Covid-19 membuatkan warganet sepakat...

PRU14: Polis Terima 1,069...

SANDAKAN - Polis menerima 1,069 laporan membabitkan 17 tangkapan di seluruh negara sepanjang...

Pemain Industri Minyak &...

KUALA LUMPUR - Pemain industri minyak dan gas (O&G) perlu terus berwaspada dalam...

Rezeki Lepas 10 Kali Gugur, Fazley-Isteri Dapat Baby Girl

SIAPA sangka selepas hampir 10 kali isterinya keguguran, akhirnya Datuk Fazley Yaakob dikurniakan seorang puteri pada Oktober tahun lalu.

Semalam, cef selebriti itu telah memuat naik video bersempena majlis aqiqah puterinya, Alayna Selma menerusi akaun Facebook miliknya.

“Salam semua. Selepas penantian bertahun-tahun, akhirnya Allah SWT kurniakan saya dan isteri tercinta Azrene Ahmad seorang puteri, setelah hampir 10 kali keguguran.

“Sebelum mendapat anak pertama, Payish, juga kami pernah keguguran dan kini kami ada tiga anak lelaki, Payish Piyash Piyush.

“Kesabaran dan kekuatan kasih sayang adalah tonggak di dalam setiap rumahtangga. Moga video sekitar majlis aqiqah ini menjadi tanda kecintaan kami berdua untuk Alayna Selma atau Baby Ellie,” tulisnya di Facebook.

Majlis aqiqah itu tutut dihadiri oleh Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin serta keluarga dan teman rapatnya sahaja.


Bayi yang dinantikan itu telah dilahirkan pada Oktober lalu dan merupakan anak keempat hasil perkahwinannnya bersama isteri tersayang, Datin Azrena Ahmad.

Mereka bernikah pada 2007 serta dikurniakan tiga anak lelaki, Ahmad Fariedz Shah (Payish), 10, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 9, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 7, dan akhirnya hadirlah seorang puteri impian mereka pada tahun lalu.

Tahniah diucapkan kepada Fazley dan isteri di atas kurniaan yang dinantikan itu dan kini Baby Ellie sudah berusia hampir 3 bulan.

Siapa sangka, penantian selepas 10 kali keguguran itu akhirnya membuahkan hasil. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori