Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Seramai 21 Lelaki Terlibat...

JOHOR BAHRU - Polis berjaya menahan 21 lelaki yang dipercayai terlibat dalam enam...

2 Remaja Antara 19...

SHAH ALAM - Seorang remaja lelaki dan perempuan, masing-masing berusia 16 dan 14...

Taska Permata Bonda Tiada...

KUALA LUMPUR - Taska Permata Bonda di Presint 11, Putrajaya tiada kaitan dengan...

Gila… Anak Korek Mata...

MAYAT seorang lelaki berusia 61 tahun ditemui dalam keadaan amat ngeri dan menyedihkan...

Ribuan Anjing, Kucing Dibunuh Seminggu

VIDEO mual dan ‘ngeri’ anjing dan haiwan eksotik lain dibunuh serta disalai dengan api bagi menanggalkan bulu di Indonesia, mencetuskan bantahan, terutama pertubuhan pencinta haiwan.

Kumpulan Dog Meat-Free Indonesia berkempen mendesak kerajaan menutup pasar haiwan hidup yang berjaya membunuh ribuan anjing serta kucing pada setiap minggu.

Video yang dirakam aktivis di pasar di Tomohon dan Langowan, Sulawesi, itu menunjukkan haiwan, termasuk monyet, kucing dan keluang dijual bebas secara terbuka.

Antara adegan ngeri dalam video itu ialah anjing dipukul teruk sehingga mati sebelum disalai di tepi jalan bagi menanggalkan bulunya.

Anjing lain yang dikurung dalam sangkar sempit dapat melihat dengan jelas pembunuhan rakan mereka itu.

Pasar itu bagaimanapun, dikatakan popular dalam kalangan pelancong.


Jurucakap Dog Meat-Free, Lola Webber, berkata pasar itu bagaikan ‘neraka’ dan mendesak kerajaan Indonesia menghentikan kekejaman itu.

“Kami memerlukan seluruh dunia menyertai desakan supaya Indonesia menghentikan penjualan daging anjing dan kucing,” katanya. – AFP/myMetro Online

*Tonton video di bawah…

Kategori