Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

57 Nelayan Dari Dungun...

KUALA TERENGGANU - Sekumpulan nelayan dari Dungun dan Paka hari ini melahirkan rasa...

Keputusan SPM 2018 Lebih...

PUTRAJAYA - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 mencatatkan pencapaian yang lebih baik...

3 Maut Dalam Kemalangan...

KUALA SELANGOR - Tiga maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan yang...

Sarawak Perkenal Ujian Penilaian...

KUALA LUMPUR - Sarawak akan memperkenalkan ujian penilaian psikologi sebagai syarat tambahan bagi...

Ringgit Dibuka Tinggi, Bukti Ekonomi Kukuh – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat menjadikan 2018 sebagai Tahun Kejayaan dan Keberhasilan Yang Mengagumkan bagi Malaysia.

Katanya beliau mahu negara dan kerajaan terus kukuh dan mantap, stabil serta berpadu dan maju berjaya dalam semua aspek serta bidang utama, baik di sudut ekonomi, keselamatan, politik, agama, pendidikan, budaya dan sosial, yang membawa kepada limpahan kemakmuran serta kesejahteraan hidup rakyatnya.

“Kita bersama-sama menyebarkan kebaikan, mencapai ‘delivery’ dan usaha-usaha murni yang telah sekian banyak dilakukan oleh Kerajaan demi kemaslahatan rakyat, selain menangkis segala ‘perang persepsi’, propaganda dan tohmahan songsang yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di media-media sosial.

“Mudah-mudahan tahun 2018 ini, akan memberikan lebih banyak kejayaan dan keberhasilan yang mengkagumkan kepada Malaysia. Didoakan, semoga majulah Malaysia, rahmatilah rakyat dan negaranya, di bawah keberkatan serta lindungan Allah SWT sampai bila-bila. Insya-Allah,” kata beliau dalam catatan terbaharu blog www.najibrazak.com hari ini.

Najib berkata ini menunjukkan bahawa ‘kita adalah sebuah kerajaan yang terus bertransformasi, menjadi harapan pasti untuk masa depan rakyat dan negara’ dan mengingatkan rakyat tidak sesekali membiarkan negara kembali semula ke zaman silam atau purba, yang bersifat kuku besi dan autokratik.

Perdana menteri berkata kerajaan hari ini merupakan kerajaan yang mempunyai rekod yang sudah terbukti, visi dan misi sangat jelas serta jauh dan diikuti dengan perancangan dan perencanaan yang inklusif serta komprehensif.

“Bahkan, Bank Dunia melaporkan bahawa ‘ekonomi Malaysia berkembang dari kedudukan kukuh’ dan kita menjangkakan pertumbuhan sihat bagi tahun 2018 dan lebih banyak pengurangan defisit apabila kita terus mengambil segala langkah yang perlu untuk membangunkan negara dan memastikan keselamatan, kebajikan serta kebahagiaan rakyat Malaysia.

“Kerajaan menjangkakan, Insya-Allah, ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada 2018 dengan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) sebenar berkembang antara 5 peratus dan 5.5 peratus, diterajui permintaan dalam negeri,” kata beliau.

Pada masa sama, Najib mahu kerajaan terus berjaya dalam penyampaian perkhidmatan, cemerlang dalam meningkatkan nilai dan kemahiran, termasuklah kualiti kerja yang bertaraf global, produktiviti yang sentiasa bertambah, budaya kreatif serta inovatif dan berjaya dengan cemerlang dalam semua aspek pekerjaan serta perkhidmatan kepada rakyat.

Selain itu, beliau juga mahu memastikan kerajaan pimpinan Barisan Nasional menang besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 kerana ingin terus berbakti dan kekal melaksanakan pelbagai agenda murni serta inisiatif yang mendatangkan kebaikan dan manfaat, demi kemaslahatan rakyat serta negara.

“Lebih daripada itu, saya juga mahukan kerajaan ini, negara Malaysia dan rakyatnya pula berjaya dengan cemerlang serta seimbang, mencapai Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi,” kata beliau.

Perdana menteri berkata beliau telah menjadikan 2017 sebagai Tahun Penyampaian dengan tahun itu turut mencatatkan pelbagai kenangan pahit dan manis selain membawa pencapaian demi pencapaian yang membanggakan.


“Ekonomi kita melangkaui segala jangkaan iaitu pada 6.2 peratus untuk suku ketiga 2017 berbanding pertumbuhan 4.3 peratus pada suku ketiga pada tahun sebelumnya. Bank Dunia juga turut menyemak semula anggarannya untuk pertumbuhan Malaysia bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali – 4.9 peratus kepada 5.8 peratus.

“Seterusnya, banyak institusi global yang dihormati seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, telah memuji pertumbuhan ekonomi Malaysia yang begitu memberangsangkan serta pengurusan ekonomi berhemat oleh kerajaan, selain mengakui bahawa, daya tahan dan daya saing ekonomi dikukuhkan,” kata beliau.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata 2017 adalah tahun pemulihan bagi nilai mata wang ringgit, yang menyaksikan ia kembali mengukuh secara perlahan-lahan dan mencerminkan asas ekonomi negara yang kukuh dan berdaya tahan.

Selain itu, negara turut mencatatkan kejayaan lain pada tahun lepas termasuk pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama di Malaysia, pelaburan AS$7 bilion di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor, nilai eksport mencecah RM80 bilion nuat julung kalinya dan pembinaan projek infra-rakyat yang sedang rancak dijayakan seperti, East Coast Rail Link di Pantai Timur, High Speed Rail, dan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

Najib juga berkata dalam Akujanji kerajaan Barisan Nasional, melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik, kerajaan berjaya mencapai 97.6 peratus pelaksanaannya hasil usaha semua khususnya penjawat awam.

Sehubungan itu, perdana menteri mengingatkan para penjawat awam supaya sama-sama berniat, berazam dan bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik serta berfikir kreatif lagi inovatif di luar kotak kelaziman bagi menghasilkan perkhidmatan yang benar-benar berkualiti dan cemerlang untuk tahun ini.

“Penjawat awam mestilah lebih bekerja keras dan gigih bersama barisan kepimpinan, bukan setakat untuk mengekalkan status Malaysia sebagai negara Islam contoh kepada negara-negara Islam lain, tidak juga sekadar berbangga apabila digelar sebagai antara model negara berbilang kaum paling berjaya di dunia, bahkan, lebih jauh daripada itu, sudah sampai masanya Malaysia membuktikan kewibawaannya untuk menjadi ‘global player’ yang berjaya dalam segenap dimensi dan sudut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia lantang memperjuangkan isu-isu kemanusiaan dan sejagat seperti di Syria, Rohingya serta Palestin selain menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.

Selain Malaysia turut berperanan aktif di peringkat ASEAN dan dalam kalangan negara-negara Islam, ia juga mempunyai hubungan baik dengan negara-negara besar dunia seperti China, Jepun, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan India. – BERNAMA

Kategori