Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pakaian Sedang Dikering Di...

KUALA TERENGGANU - Seorang suri rumah berputih mata kerugian hampir RM500 selepas semua...

6,075 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Malaysia mencatat 6,075 kes baharu COVID-19, hari ini, iaitu yang tertinggi...

Lebih 10 Juta Rekod...

SHAH ALAM – Lebih 10 juta rekod termasuk berkaitan pentadbiran dan peribadi dianggarkan...

Ramai Tak Tahu Ben...

MUNGKIN tidak ramai yang tahu bahawa penyanyi era 1990-an, Ben Nathan sudah pun...

Saksi Gerhana Bulan Penuh 31 Januari Di Teluk Kemang

PORT DICKSON – Balai Cerap Teluk Kemang di sini akan mengadakan cerapan fenomena Gerhana Bulan Penuh pada malam 31 Januari ini.

Menurut laman sosial Facebook Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, fasa Gerhana Bulan Penuh secara rasminya akan bermula pada 8.51 malam hingga 10.07 malam.

“Pada malam itu (31 Januari), orang ramai berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh di balai tersebut di Kompleks Baitul Hilal Teluk Kemang di sini,” menurut laman sosial itu.

Pelbagai program telah disusun untuk hari itu dimulai dengan ceramah mengenai Gerhana Bulan Penuh oleh penyelidik astronomi di Jabatan Fizik Fakulti Sains Universiti Malaya Prof Datuk Dr Mohd Zambri Zainuddin pada 5.30 petang, solat maghrib dan isyak berjemaah serta solat sunat Gerhana Bulan (Khusuf).

Selain itu, penerangan dan taklimat Gerhana Bulan serta cerapan Gerhana Bulan Penuh dijadualkan berlangsung pada 8.45 malam.


Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena itu pada hari tersebut. – BERNAMA

Kategori