Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Produk Tradisional, Kosmetik Bernilai...

GEORGE TOWN - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) merampas...

Suami Isteri Ditahan Terlibat...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki terlibat dalam kegiatan...

Video: Remaja ‘Tanggang’ Pukul...

SANGAT biadap, itulah perkataan yang boleh digambarkan mengenai video tindakan seorang anak lelaki...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir...

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada...

Salleh: Siapa Sebenarnya Label Mahathir Diktator?

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak hari ini melontarkan soalan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang siapakah sebenarnya yang melabel beliau diktator.

Salleh berkata bekas perdana menteri itu menulis dalam blognya semalam catatan bertajuk ‘The Dictator’ yang berbentuk sindiran dan cuba memulang paku buah keras tuduhan beliau seorang diktator dan kleptokrat semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

Mahathir mengakhiri catatannya dengan berkata, “jadi teruskan menggelar saya diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik, dan menjadi terlampau kaya melalui rasuah. Ini adalah benar, sebenar-benarnya, tiada lain melainkan benar.”

“Yang sebenarnya mereka yang menggelar Mahathir diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik dan kini menjadi terlampau kaya melalui rasuah adalah mereka yang berada dalam Pakatan Harapan,” kata Salleh dalam catatan terbaru blog beliau hari ini.

Menteri itu berkata Mahathir, 92, mungkin lupa suatu perkara penting bahawa mereka itu kini pula adalah sekutu dan rakan politiknya sekarang.


“…atau apakah sebenarnya beliau memang mahu menyindir sekutu politknya sekarang?” tanya Salleh. – BERNAMA

Kategori