Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jho Low Tiada Kaitan...

SEREMBAN — Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, 1Malaysia Development Bhd., (1MDB), Arul Kanda...

Mia Ahmad Mengaku Bercinta...

WALAUPUN tidak memberikan sebarang pengakuan secara langsung, namun dari kenyataan pelakon Mia Ahmad...

Nor Fadhilah Wanita Pertama...

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini mengumumkan pelantikan Nor Fadhilah...

ABM Jamin Tiada Pelanggaran...

KUALA LUMPUR – Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) memberi jaminan kepada pelanggan bank bahawa...

Cinta Terlarang, Sampai Hati Nak Bom Ibu Bapa

AKIBAT cinta terhalang, bakal penuntut universiti sanggup merancang untuk membunuh ibu bapanya dengan bom kereta yang dibeli dari ‘Dark Web’.

Gurtej Singh Randhawa, 19, dari Wolverhampton dikatakan kecewa dengan ibu bapanya yang tidak membenarkannya bercinta dengan gadis kulit putih.

Bagaimanapun,cubaannya digagalkan oleh ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang menyamar sebagai penjual bom di laman web dikenali sebagai AlphaBay.

Mereka menggantikan bom yang dipesan itu dengan peranti tiruan dan akhirnya dia berjaya ditahan.

Pelajar A-Level itu yang dihadapkan ke mahkamah November lalu, dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Crown Birmingham semalam, selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki bahan letupan dengan niat jahat untuk membahayakan nyawa atau menyebabkan kecederaan serius.


Dua wanita berusia 45 dan 18 tahun yang turut ditahan kemudiannya dilepaskan tanpa tindakan lanjut.

Gurtej yang juga bekas pelajar di Wolverhampton Grammar School dikatakan sudah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Liverpool. – Daily Mail/mStar Online

Kategori