Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Etiqa Bina Rumah Bagi...

MACHANG - Etiqa Insurance & Takaful Berhad (Etiqa) bercadang membina rumah bagi menempatkan...

Jong-un Bawa Tandas Peribadi...

INI mungkin pelik bagi anda. Tetapi, pemimpin Korea Utara Kim Jong-un membawa bersamanya...

Melaka Berdepan Krisis Air...

ALOR GAJAH : Kerajaan negeri serta Kementerian Alam Sekitar dan Air digesa menyegerakan...

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Samsung, Apple Didakwa Sengaja Perlahankan Fungsi

ROM – Pihak berkuasa anti monopoli Itali telah melancarkan satu siasatan terhadap dua syarikat telekomunikasi gergasi Samsung Electronics Co dari Korea Selatan dan Apple Inc dari Amerika Syarikat (AS) yang disyaki sengaja memperlahankan fungsi telefon pintar model lama bagi mendorong pengguna membeli model baharu, lapor agensi berita Yonhap.

Agensi itu pada Khamis berkata kedua-dua syarikat akan disiasat berhubung amalan komersial yang mungkin tidak adil berikutan aduan oleh pengguna.

Akhbar tempatan melaporkan bahawa kedua-dua syarikat dipercayai telah menggunakan komponen tertentu yang rosak dalam telefon bimbit model lama masing-masing bagi memperlahankan fungsi gajet itu.

Jika perkara itu disahkan, kedua-dua syarikat boleh didenda.

Bulan lepas, Apple telah mengaku bahawa ia menggodek-godek kelajuan beberapa iPhone menerusi pengemaskinian perisian bagi menyelesaikan masalah bateri.


Pengguna di seluruh dunia memfailkan saman terhadap firma Amerika itu.

Samsung pula memaklumkan PhoneArena, sebuah saluran media AS bagi berita IT, bulan lepas bahawa ia tidak memperlahankan telefon dengan bateri lama. – BERNAMA

Kategori