Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan Ambulans Tidak Pasang...

LONDON - Penduduk membantah tindakan London Ambulance Service yang memutuskan untuk tidak bunyi...

Semua Ahli Kumpulan Muzik...

Majoriti percaya bahawa golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran pasti tidak dapat merasai...

PBB Kecam Taliban Larang...

KABUL – Arahan pemerintah Taliban yang melarang wanita bekerja untuk pertubuhan bukan kerajaan...

Zul Ariffin Takut Ambil...

PETALING JAYA - Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia kini lebih mengutamakan tawaran berlakon...

Sanggup Jalan 850 Kilometer Bawa Dendam Kesumat

SEORANG peniaga dalam talian sanggup membuat perjalanan sehari semalam, sejauh 850 kilometer ke Zhengzhou, wilayah Henan, China, semata-mata bagi membelasah pelanggan wanita.

Mangsa yang dikenali sebagai Xiao Die dipercayai pernah membuat aduan lewat menerima barangan dipesannya sebelum itu.

Pelanggan itu ditumbuk muka dan badan sebelum ditolak jatuh ke jalan raya oleh lelaki berkenaan yang menjerit memberitahu dia mengambil masa sehari semalam untuk datang ‘mengajar’ wanita terbabit pada 27 Disember lalu.

Menurut laporan Zhengzhou Evening Post yang dipetik Daily Mail, Xiao Die membeli pakaian berharga 300 yuan (RM185) pada 20 Disember melalui laman web beli-belah dalam talian Taobao yang dikendalikan Alibaba.

Bagaimanapun, barangannya tidak sampai selepas tiga hari menyebabkan wanita itu membuat aduan kepada agensi pemantau perniagaan elektronik.

Serangan itu yang berlaku di tempat pengambilan barangan dipesan wanita berkenaan di Zhengzhou, dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang berdekatan.

Dalam laporannya kepada polis, Xiao Die percaya lelaki itu ialah Zhang, pemilik kedai dalam talian yang menghantar banyak pesanan teks mengugutnya, termasuk ‘saya boleh musnahkan awak’.


Selain lebam dan calar-calar pada mukan dan badan, Xiao Die juga retak tulang siku.

Polis Zhengzhou kemudian pergi ke Suzhou dan menahannya serta dibawa ke Zhengzhou untuk siasatan pada 6 Januari.

Menurut Taobao, bonus Zhang dipotong 12 mata berikutan aduan Xiao Die.

Selepas kejadian serangan itu, akaun kedai Zhang dikeluarkan dari senarai Taobao. – Agensi/myMetro Online

Kategori