KUALA LUMPUR – Sapura Energy Bhd melantik penasihat untuk menilai dan memberi nasihat mengenai potensi penyenaraian perniagaan penerokaan dan pengeluarannya (E&P).
“Syarikat akan membuat pengumuman selaras dengan keperluan penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd jika terdapat sebarang perkembangan mengenai perkara ini,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.
Satu artikel baru-baru ini menyatakan kemungkinan penyenaraian perniagaan E&P yang akan memberi ruang kepada Sapura Energy untuk mengewangkan asetnya. – BERNAMA