Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jijik! Pulang Balik Baju...

SEORANG wanita warga Australia dikecam selepas membuat pengakuan mengenai dirinya membeli pakaian dan...

30% Atlet Ke Sukan...

PUTRAJAYA - Hampir 30 peratus daripada keseluruhan 653 atlet negara sudah menjalani ujian...

Kebencian Terhadap Umat Islam...

KUALA LUMPUR - Tindakan berlandas kebencian terhadap orang Islam mencapai kadar mencemaskan di...

SMK Langkawi Wakili Malaysia...

LANGKAWI - Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba dipilih mewakili Malaysia ke pertandingan...

Saranan Supaya FAS Cari Venue Lain Tepat – Khairy

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong penuh saranan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar pasukan Selangor mencari venue lain untuk dijadikan venue tuan rumah pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata memang tepat kenyataan Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa hasrat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue tuan rumah adalah mustahil.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebelum ini menyarankan agar FAS terus menjadikan Stadium Selayang sebagai venue tuan rumah seperti musim lepas.

ā€œSaya melihat kenyataan daripada presiden FAM sangat tepat kerana setakat hari ini kita dah terima banyak permintaan. Bukan sahaja daripada sukan bola sepak tetapi juga sukan lain seperti ragbi untuk menggunakan Stadium Nasional.

ā€œSekiranya Selangor main di Stadium Nasional ini bakal mengganggu jadual, bukan hanya jadual stadium tetapi juga jadual perlawanan Liga M serta proses baik pulih stadium akan mengambil masa,ā€ katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Digitan ILKBS ke arah Transformasi TN50 dengan kerjasama Microsoft Malaysia, hari ini.

Khairy berkata beliau telah mengarahkan agar Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menjawab permohonan FAS dan mencadangkannya mencari venue lain sebagai venue rasmi.


Pada Selasa, Tunku Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FAM berkata Stadium Nasional tidak dapat digunakan secara total sepanjang tahun oleh juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu.

Untuk rekod, perlawanan tidak dapat dilangsungkan di Stadium Selayang pada waktu malam akibat masalah lampu limpah yang tidak menepati spesifikasi ditetapkan.

Kali terakhir Selangor menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang tuan rumah adalah pada aksi awal Liga Super 2012 semasa Stadium Shah Alam dibaik pulih. – BERNAMA

Kategori