Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Video: Mudah Jer Warga...

KUALA LUMPUR - Satu rakaman litar tertutup (CCTV ) berjaya membongkarkan kegiatan tiga orang...

Pegawai Imigresen, Tiga Lelaki...

TAIPING - Seorang pegawai imigresen antara empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Taiping...

Video: ‘Gadis Kebaya Merah’...

SESIAPA sahaja yang pernah melalui pengalaman menyeramkan 'bertembung' dengan makhluk halus pasti takkan...

Presiden UAE, Sheikh Khalifa...

ABU DHABI: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan...

Sasar Sifar Penagih Dadah Di N.Sembilan Menjelang 2045

SEREMBAN – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan menyasarkan sifar penagihan di negeri ini menjelang tahun 2045, kata Pengarah Nazira Sadiron.

Ke arah mencapai matlamat itu, pihaknya mensasarkan penurunan sebanyak 10 peratus di kalangan penagih baharu dan penagih berulang dalam tempoh setahun.

Katanya, daripada statistik AADK dua tahun lepas, trend penggunaan dadah merekodkan penurunan sekitar enam peratus.

“ Daripada statistik kami, sebanyak 2,567 kes penagihan dadah direkodkan di seluruh negeri ini pada 2016 dan pada 2017, ia menunjukkan sedikit penurunan kepada 2,413 kes iaitu kira-kira enam peratus,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Minum Petang Bersama AADK, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah Seremban di sini, hari ini.

Nazira berkata pihaknya akan terus menggandakan lagi usaha membanteras isu penagihan dadah terutama penagih baharu.


“Kita menumpukan kepada kawasan-kawasan yang panas dahulu untuk membanteras kegiatan ini dan diikuti dengan kawasan-kawasan yang lain sehingga negeri ini sifar penagih dadah,” katanya sambil menambah golongan penagih kebanyakannya adalah belia dan Seremban merekodkan paling ramai jumlah penagih dadah.

Turut hadir Pengarah Jabatan Komuniti dan Perhubungan Awam MPN Saiful Azuar Ahmad Jadi. – BERNAMA

Kategori