Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sasaran Imuniti Kelompok Semakin...

KUALA LUMPUR - Sasaran Malaysia untuk mencapai imuniti kelompok semakin menghampiri kejayaan apabila...

Perang ‘Kutip Sampah’ Jepun,...

SAMARA - Ia pertembungan sepadan di Piala Dunia antara Senegal dan Jepun dengan...

Hasni Digugurkan Teraju UMNO...

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad, digugurkan daripada...

SPRM FIFA 21 Challenge,...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan kejohanan e-sukan SPRM FIFA...

Satu Kes Terbaharu Rabies Manusia Disahkan Di Kuching

KUCHING – Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan satu lagi kes rabies atau anjing gila melibatkan seorang lelaki berusia 59 tahun dari Jalan Batu Kawa-Matang dekat sini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan kes terbaharu itu hasil ujian makmal yang diperoleh semalam.

“Lelaki tersebut mempunyai sejarah digigit anjing pada 27 Nov tahun lalu. Kes telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Kuching pada hari yang sama tetapi tidak dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan untuk vaksinasi.

“Pada 20 Jan lalu, kes mengalami sakit serta lemah anggota kaki dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta empat hari kemudian (24 Januari). Keesokannya, kes dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut selepas mangsa menunjukkan gejala hidrofobia, halusinasi dan agresif,” demikian menurut kenyataan itu.

Jurucakap JPBNS berkata kes terbaharu ini menjadikan sejumlah tujuh kes rabies manusia dilaporkan di negeri ini sejak 30 Jun tahun lalu.


“Lima daripada mangsa telah meninggal dunia manakala dua lagi kes masih di rawat di HUS,” katanya. – BERNAMA

Kategori