Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pegawai JPJ Terima Ugutan...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima ugutan...

Bilangan Penjawat Awam Tidak...

KUALA LUMPUR – Kerajaan berpuas hati dengan jumlah kakitangan dalam perkhidmatan awam sedia...

Burger McDonald’s Edisi Khas...

MCDONALD'S memang sudah tidak asing lagi buat penggemar makanan segera di seluruh dunia. Kunci utama...

Perlis Mahu Anjur Solat...

KANGAR - Jabatan Mufti Perlis merancang untuk menganjurkan solat Istisqa buat kali kedua...

“Saya Tak Gentar Jika Farid Ingin Saman Produksi”

PENERBIT, Siti Rosmizah Semail tidak teragak-agak menyaman pelakon, Datuk Farid Kamil yang didakwa melanggar beberapa syarat ketika penggambaran drama, Lafazkan Kalimah Cintamu.

Beliau yang juga merupakan seorang novelis dilaporkan mendakwa sikap tidak berdisiplin ditunjukkan oleh Farid telah mengakibatkan beliau mengalami kerugian besar ketika menghasilkan drama tersebut.

“Saya mengalu-alukan jika Farid ingin menyaman produksi, yang konon menyebabkan dia cedera ketika penggambaran. Saya ada segala bukti dan gambar serta bersedia untuk menegakkan kebenaran di mahkamah.

“Farid mengadu kaki kanannya bernanah kerana air kotor yang digunakan untuk babak dalam drama pada 26 November lalu. Sebenarnya, saya guna khidmat bomba Wangsa Maju dan air diambil adalah air terjun, bukan air kotor seperti didakwa.

“Kenapa hanya kaki kanannya bernanah, sedangkan satu badan terkena hujan palsu yang dibuat itu? Saya dimaklumkan, kaki kanan Farid sudah mengalami gatal-gatal sebelum itu lagi.

“Jika benar dia ingin saman saya, saya pun ingin menuntut kerugian kerana masalah yang ditimbulkan olehnya,” katanya dipetik BH Online.

Pelakon dan Pengarah, Farid Kamil.

Dalam pada itu, Siti Rosmizah turut mengesahkan bahawa pengarah filem berkenaan sudah menghantar beberapa tuntutan kepada pihak peguamnya.

“Selain isu air kotor yang dibangkitkan, saya juga menerima tuntutan daripada peguam Farid yang mendakwa anak guamnya diminta buat aksi lasak membahayakan nyawa ketika penggambaran LKC.

“Sebenarnya tilam disediakan untuk adegan yang memerlukan Farid jatuh, jadi bagaimana pula boleh membahayakan nyawa? Mungkin saya baru lagi sebagai penerbit, namun saya guna dua pengarah yang sudah lama berkecimpung dalam bidang pengarahan.


“Saya tidak mahu memanjangkan isu ini dengan terus membuat kenyataan balas. Jika benar Farid ingin saman, saya sudah bersedia. Saya mempunyai latar belakang sebagai peguam, jadi saya sudah mengumpul segala bukti yang ada,” ujarnya lagi.

Baca: Farid Kamil Akui Akan Bela Nasib Mereka Dianiaya

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai Farid memuat naik satu entri yang menyaksikan gambarnya bersama dokumen yang kelihatan seperti sebuah laporan polis di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Menerusi entri berkenaan juga, Farid dilihat menyatakan beliau mahu terus memperjuangkan nasib orang yang teraniaya, tanpa menyebut siapa gerangan individu dimaksudkan.

Perkongsian itu menimbulkan tanda-tanya itu terus menjadi perhatian dalam kalangan netizen yang mana tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat aktor itu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori