Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

KTMB Alami Masalah Teknikal:...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan syarikat pengangkutan awam keretapi...

Pengambilan Vaksin Tidak Bercanggah...

SEREMBAN - Pengambilan vaksin membuktikan bahawa ia lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan...

MAS Tawar Pengalaman Penerbangan...

SYARIKAT Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan pelanggannya peluang menaik taraf tempat duduk mereka dengan...

Contoh Kereta Besar Tapi...

Banyak kali agaknya kita dengar orang berkata kereta besar tapi otak kecik.Perumpamaan yang...

“Saya Wakil Mereka Yang Masih Solo” – Siti Nordiana

SEJAK menjadi juara program Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana atau popular disapa Nana memang sering menjadi sebutan orang ramai.

Baru-baru ini penyanyi itu menarik perhatian pengikutnya di Instagram selepas memuat naik satu entri beserta kapsyen yang bercakap soal jodoh.

Rata-rata antara mereka dikatakan meninggalkan komen positif yang mana mendoakan agar pelantun lagu Terus Mencintai itu segera bertemu jodoh.

Disebabkan perkara itu menjadi bualan hangat netizen, pemilik nama sebenar Siti Nordiana Alias ini berkata, dia lebih senang hidup sendirian kerana tiada sebarang drama, pergaduhan, tangisan mahupun kerisauan yang akan berlaku.

“Sebenarnya saya saja memuat naik gambar dengan kapsyen sebegitu. Kiranya saya mewakili orang-orang yang solo lah. Kapsyen itu pun sebagai satu peringatan kepada saya juga.


“Memang ramai yang mendoakan jodoh saya, terima kasih kepada semua peminat. Jujur, memang saya belum bertemu kekasih hati lagi,” katanya dipetik sebuah portal online.

Dalam perkembangan lain, Nana kini dikatakan tidak sabar menunggu pelancaran single terbarunya berjudul Hatiku Milikmu yang akan dilancarkan pada bulan Mac nanti.

“Teruja tapi dalam pada masa yang sama gugup dengan penerimaan peminat. Harapnya semua peminat terus menyokong saya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori