Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mak Nyah Cantik Kena...

SEORANG mak nyah cantik, Barbie Ann Reilly, 23, ditemui mati dengan kesan berlumuran...

Pegawai Pemasaran Didakwa Rogol...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai pemasaran sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di...

Pengasas Zuza Jawab Isu...

SYARIKAT Onlyone Zuza Food Industries Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Kubang Pasu, Jitra,...

PAS Dedah Pakatan Harapan...

KUALA LUMPUR - "PAS tidak mahu mengambil risiko menyeret negara ke arah anarki...

Sebar Video Gelek, Safiey Gaduh Dengan Baby Arra

NAMA usahawan kosmetik Safiey Ilias makin hangat diperkatakan selepas dia mengambil keputusan untuk kembali ke jalan hitamnya dengan menjadi seorang ‘wanita’ semula.

Namun apa yang lebih mengejutkan, beberapa hari lalu kecoh menerusi laman sosial Twitter dan Facebook mengenai penyebaran video gaduh antara Safiey dengan seorang wanita dikenali sebagai Baby Arra.

Difahamkan punca pergaduhan itu adalah disebabkan tindakan Baby Arra yang telah merakam dan menyebarkan video tarian gelek Safiey ketika menyambut tahun baru 2018 di Langkawi pada hujung Disember lalu.

Pergaduhan itu telah berlaku pada malam Isnin lalu apabila Safiey bersama teman baiknya yang juga merupakan seorang pelakon, Fara Mendoza telah bertemu dengan Arra di sebuah kedai makan dekat ibu kota.

Baca: Fara Tidak Kisah Dikutuk Seksi Sambut Tahun Baru

Juga: Kekasih Kantoi Dah Kahwin, Fara Mendoza Kena Belasah

Video yang berdurasi selama 35 saat itu menyaksikan Safiey yang sedang merakam permohonan maaf daripada Arra dan secara tiba-tiba, datang seorang individu terus memarahi Baby Arra sebelum menampar muka wanita itu.

“Sumpah, tu bukan I!” kata Baby Arra dengan nada ketakutan.

Kejadian itu turut disaksikan oleh ramai pengunjung yang datang ke kedai tersebut untuk menjamu selera tetapi terpaksa menonton ‘drama swasta’ pula.


Dalam video yang lain, seorang saksi kejadian turut merakam kejadian yang memaparkan individu tersebut turut menarik rambut Baby Arra daripada belakang sehingga menyebabkan wanita itu terjatuh.

Akibatnya, pengunjung yang terpaksa menjadi saksi kejadian itu mula bersuara dan ia turut menyebabkan ramai pengunjung mula angkat kaki daripada meneruskan niat mereka untuk menjamu selera di kedai itu.

Sebelum ini, nama Baby Arra pernah menjadi sebutan apabila dia sering membuat video kurang cerdik dengan menayangkan asetnya serta berpakaian seksi sehingga dicemuh oleh ramai netizen.

Selain itu, ruangan komen menerusi laman Instagram mereka telah dibanjiri dengan komen netizen yang ingin mengetahui apakah punca sebenar pergaduhan tersebut berlaku.

Bagaimanapun, tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Safiey, Fara Mendoza mahupun Baby Arra sendiri.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Safiey dan Fara merupakan orang yang dikenali ramai turut telah memalukan diri mereka sendiri dengan bergaduh di tempat awam seperti itu.

Jangan nanti pemilik kedai tu buat report polis sudahlah kerana mereka telah merosakkan imej kedai tersebut serta menyebabkan pelanggan lari pada malam kejadian! – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori