Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jabatan Peguam Kekal Tiada...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara mengekalkan keputusan tiada tindakan pendakwaan terhadap bekas...

Tak Sarapan 2 Tahun...

BUKTI kasih sayang abang kepada adiknya, seorang kanak-kanak sanggup mengikat perut dengan tidak...

Banyak Negara Lain Laksana...

KUALA KANGSAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian Bantuan...

Anggota Tentera Seakan Sudah...

SALAH seorang anggota tentera yang maut dalam kejadian trak terbalik di Jalan Ranau-Telupid,...

Segamat Buka 2 PPS Tempatkan 17 Mangsa

JOHOR BAHRU – Seramai 17 mangsa daripada enam keluarga di Mukim Buloh Kasap, Segamat dicatatkan berada di pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir pagi ini ekoran pembukaan sebuah lagi PPS di Kampung Kuala Paya, pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata PPS di Sekolah Agama Kuala Paya itu dibuka pada 8.30 pagi ini dan menempatkan tujuh mangsa daripada dua keluarga penduduk Kampung Kuala Paya.

“Kesemua mereka dipindahkan berikutan paras air Sungai Muar di Buloh Kasap meningkat kepada 8.9 meter melebihi paras amaran 8.53 meter,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya seramai 10 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Balai Badang pula masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Balai Badang, yang dibuka sejak 5 Jan lepas.

Beliau berkata cuaca di daerah itu ketika ini dilaporkan mendung dan pemantauan berterusan sedang dilakukan oleh agensi berkaitan. – BERNAMA

Kategori