Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tak Mahu Lepas Waktu,...

PADA usia yang muda, penyanyi Haqiem Rusli sering menunjukkan contoh yang baik kepada...

COVID : Tahap Kesiagaan,...

PORT DICKSON : Penularan COVID-19 tidak menjejaskan tahap kesiagaan anggota pasukan pengaman Batalion...

Najib Sindir PH Celaru...

SINIS... Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh harap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat...

YDPA Berangkat Ke Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini menghadiri Mesyuarat...

Selangor Kempunan Tiada Stadium Hos Sendiri

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga, hajat Selangor menjadikan Stadium Nasional, di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai gelanggang tuan rumah untuk musim Liga Super 2018 tidak kesampaian.

Sebelum itu Stadium Shah Alam kebanggaan pasukan Gergasi Merah di laman sendiri yang asalnya dibina Barisan Nasional (BN) dahulu untuk mereka, kini beralih menjadi milik kelab PKNS FC akibat perbezaan politik ketika ini.

Lebih aib, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) setelah bertukar kepimpinan baharu menyaksikan pihak kerajaan negeri itu balas dendam dengan sekat bantuan kewangan dan ‘usir’ skuad tersebut cari stadium lain pula untuk berlatih!

FAS kemudian berhasrat menjadikan Stadium Nasional sebagai alternatif. Untuk rekod, Selangor pernah menggunakan Stadium Merdeka di ibu negara sejak 1957 sebagai venue hos hingga 1994 apabila Stadium Shah Alam siap dibuka.

Malangnya arena utama di Bukit Jalil yang mampu memuatkan kira-kira 90,000 penonton itu tidak boleh digunakan sepanjang tahun ini kerana sudah padat ditempah lebih awal oleh pelbagai pihak untuk bermacam-macam aktiviti.

Ia sekali gus menyebabkan Selangor muncul sebagai satu-satunya pasukan yang tiada stadium sendiri waima di ibu negerinya ketika pihak kerajaan Selangor pula berbangga mendakwa konon rizab negeri itu berbilion-bilion ringgit.

Lebih lucu, maruah Selangor sebagai negeri termaju dan paling ramai penduduk di Malaysia kini menjadi bahan jenaka netizen apabila diminta menggunakan Stadium Selayang yang hanya mampu memuatkan 16,000 penonton.

Paling kelakar, FAS terpaksa berkongsi stadium milik Majlis Perbandaran Selayang di bawah kerajaan negeri itu bersama-sama kelab Sime Darby dan pasukan Kuala Lumpur dengan perlawanan pula berlangsung sebelah petang.

Begitula nasib Selangor di buminya sendiri menjelang kempen Liga Malaysia 2018 bermula 3 Februari ini apabila Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dukacita mengesahkan perkara itu.

Baginda bertitah penganjur liga, Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menegaskan adalah mustahil Selangor menggunakan Stadium Nasional sepanjang tahun.

Stadium Shah Alam dibina kerajaan Barisan Nasional dahulu sebagai gelanggang rasmi tuan rumah untuk skuad Merah Kuning. – Gambar hiasan

“Kedua-dua pihak sudah berusaha untuk bekerjasama bagi kaji isu ini, tetapi mustahil untuk beri jaminan bahawa stadium tersebut tersedia sepanjang tahun,” titah Tunku Ismail dalam kenyataan menerusi laman Facebook FAM.

“Pihak pengurusan stadium juga mengesahkan bahawa empat daripada enam perlawanan pertama Selangor sebagai tuan rumah perlu dipinda untuk memenuhi jadual acara yang kebetulan akan dilangsungkan di stadium tersebut.


“Jadi, mungkin lebih banyak lagi pindaan jika ada pasukan bola sepak kebangsaan sendiri yang lazimnya perlu diberi keutamaan atau acara antarabangsa ada membuat permintaan untuk menggunakan stadium itu.”

Demi mengelakkan berlaku perubahan jadual pertandingan saat-saat akhir, pihak FAS dinasihatkan supaya pasrah untuk bermain sahaja di Stadium Selayang biarpun aksi perlawanan tersebut bakal berlangsung pada lewat petang.

“Jika ada perubahan berpunca dari isu ini, sudah tentu FMLLP akan dipersalahkan dan kita tidak bergerak seiringan ke arah penjadualan lebih stabil seperti yang saya arahkan kepada pengurusan FMLLP,” titah Tunku Ismail.

Justeru pasukan Selangor ujar baginda tidak boleh memberi alasan bahawa Stadium Selayang tidak boleh diguna pakai hanya disebabkan faktor lampu limpah yang masih tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan oleh pihak FMLLP.

“Adalah menjadi tanggungjawab pasukan Selangor sendiri untuk berusaha menaik taraf lampu limpah tersebut bagi mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh FMLLP agar boleh beraksi pada waktu malam,” titah baginda lagi.

Merah Kuning pernah bermain di Stadium Selayang tahun lalu selepas FAS tidak dapat kebenaran menggunakan Stadium Shah Alam sebagai venue tuan rumah susulan perubahan kepimpinan badan bola sepak induk negeri itu.

Sementara itu, Presiden FAS, Datuk Seri Subahan Kamal berkata pihaknya belum memutuskan untuk menjadikan Stadium Selayang sebagai gelanggang rasmi susulan perkembangan itu. “Hanya Tuhan yang tahu!” katanya.

Beliau yang baharu mengambil alih jawatan tersebut daripada Menteri Besar Selangor dan juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; pada tahun lalu merupakan ahli UMNO-BN. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori