Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Konvensyen PKR Sarawak Tetap...

KUALA LUMPUR - Barisan kepimpinan PKR Sarawak enggan berganjak daripada keputusan mereka untuk...

Tasik Di USM Berpotensi...

GEORGE TOWN - Tasik Aman dan Tasik Harapan di Universiti Sains Malaysia (USM)...

KIA Sorento Edisi Wolverine...

Pengeluar kenderaan terkemuka dari Korea, KIA telah banyak menghasilkan kenderaan versi adiwira.Sebelum ini...

4 Ditahan Dipercayai Edar...

KUALA LUMPUR - Empat lelaki ditahan kerana terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di...

Serah Kelantan Kepada PAS Helah Pembangkang

PASIR MAS – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan wujud perbincangan antara Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyerahkan Kelantan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mustapa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata dakwaan itu sengaja ditimbulkan oleh anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk A Kadir Jasin sebagai helah politik semata-mata.

“Ia sengaja dicetuskan bagi menunjukkan pergeseran antara saya dan Najib serta strategi pihak lawan memandangkan PRU14 semakin hampir.

“Dakwaan itu dilemparkan bagi menunjukkan kita (BN Kelantan) tak serius untuk menang sedangkan kita bertekad untuk kembali memerintah di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ziarah Kasih di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Banggol Kulim, Rantau Panjang di sinihari ini.

Hadir sama Ketua UMNO bahagian Rantau Panjang Senator Datuk Abdullah Mat Yassin dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Ab Ghani Harun.

Turut diadakan jualan minyak masak secara terus dari kilang dengan harga RM4 bagi 10 kilogram.


A Kadir baru-baru ini mendakwa Najib membuat keputusan ‘menyerahkan’ Kelantan kepada PAS sebagai sebahagian daripada rancangan kerjasama pilihan raya UMNO-PAS.

Beliau mendakwa keputusan itu dibuat secara bersendirian tanpa berunding dengan kepemimpinan UMNO Kelantan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin UMNO Kelantan yang lain, termasuk Mustapa.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau yakin BN Kelantan mempunyai peluang cerah untuk kembali mentadbir negeri itu berdasarkan perkembangan semasa politik negara.

“Atas kertas, jika ada pertandingan tiga penjuru akan menguntungkan BN kerana akan berlakunya pecah undi. Dalam masa yang sama kami yakin akan kembali mentadbir negeri ini kerana berlaku perubahan-perubahan (di peringkat akar umbi ketika ini),” katanya. – BERNAMA

Kategori