SHAH ALAM – Hasrat Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali ‘lari’ ke kerusi ibu negeri tersebut tampak makin panas apabila sekutunya dalam Pakatan Harapan iaitu PAN enggan memberi ruang!
Lebih buruk, parti serpihan PAS tersebut dengan angkuh bertegas kerusi Parlimen Shah Alam akan terus ditandingi oleh calonnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dan bukan diserahkan kepada Timbalan Presiden PKR itu.
Anggota Parlimennya, Khalid Samad yang juga Pengarah Komunikasi PAN mendakwa semua parti dalam Pakatan Harapan dikeĀtuai DAP dalam mesyuaĀrat jawatankuasa perundingan kerusi semalam telah bersetuju mengenainya,
Justeru bekas wakil rakyat PAS tersebut mencadangkan supaya Azmin konon diura-urakan bakal bertanding di Shah Alam supaya tetap mempertahankan keruĀsi Parlimen Gombak yang kini semakin goyah untuk ‘jatuh’ ke tangan BN.
Beliau secara optimis menegaskan bahawa walaupun PKR tidak lagi memiliki hubungan atau kerjasama politik secara rasmi dengan PAS, Azmin masih mempunyai sokoĀngan kuat daripada ahli-ahli parti itu di sekitar Gombak.
āSehubungan itu tidak ada asas untuk mengatakan konon calon PKR akan dapat mengambil alih kerusi Parlimen Shah Alam pada PRU ke-14 akan datang termasuk meletakkan Azmin sendiri untuk menjadi sebagai calon di sini.
āApa yang kita (PAN) tahu, kerusi Parlimen Shah Alam bagi Pakatan Harapan akan kekal ditandingi oleh calon daripada PAN,ā kata Khalid dengan penuh yakin ketika dihubungi sebuah akhbar tempatan di sini semalam.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Mohd. Shahir menyatakan pihaknya tiada masalah untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan di mana-mana kerusi di Selangor termasuklah menentang Azmin.
āKita hormati sesiapa sahaja hendak bertanding di mana-mana kerusi termasuk di Parlimen Shah Alam atau Gombak. Namun, adalah hak kita (PAS) juga untuk menentang calon parti lain bertanding dalam pilihan raya.
āBagaimanapun, kita tetap berasa yakin dengan keupayaan jentera kita sendiri. KemenaĀngan Pakatan Harapan sebelum ini pun malahan adalah hasil daripada usaha jentera PAS,ā jelas Roslan kepada akhbar berkenaan lagi.
Ia sekali gus menyaksikan perlawanan tiga penjuru antara PAS, PAN dan calon Barisan Nasional (BN) sebagai mana pernah berlaku ketika pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor pada 2016 lalu.
Pandangan sama turut dinyatakan oleh Pengerusi BN Shah Alam, Datuk Azhari Shaari apabila pihaknya telah melaksanakan persiapan cukup untuk rampas semua kerusi di Parlimen Shah Alam sekali gus menawan SeĀlangor.
āKita tidak mahu campur urusan pembangkang. Namun polemik pembahagian kerusi itu memperlihatkan wujud kecelaruan sesama pembangkang sendiri dalam mencapai kesepakatan,ā katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA