Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tukang Cuci Jadi Kegilaan...

SEORANG wanita yang bekerja sebagai tukang cuci di jalanan Rio De Janeiro kini...

BNM Keluarkan Wang Kertas...

KUALA LUMPUR - Sebagai tanda ingatan dan penghormatan terhadap sumbangan Majlis Raja-Raja bagi...

Dr Nungsari, Pengerusi Eksekutif...

PUTRAJAYA - Anggota Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) Dr Nungsari Ahmad Radhi dilantik sebagai...

Nora Danish Masih Beraya...

WALAUPUN sudah mendirikan rumah tangga dengan suami baru, Nora Danish tetap menjadikan berkunjung...

Shahrel Fikri Kekal Bersama PKNP FC Sehingga 2020

IPOH – PKNP FC mengesahkan kapten pasukan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2020 sekali gus akan mengharungi saingan Liga Malaysia 2018 bersama pasukan itu.

Presidennya Datuk Aminuddin Md Desa berkata pengesahan ini juga menamatkan spekulasi berkaitan perpindahan pemain itu ke pasukan lain.

“Shahrel Fikri sebelum ini mempunyai kontrak bersama PKNP sehingga 2019 selain merupakan antara pemain yang berkomitmen tinggi dan berdisplin.

“Penyambungan kontrak ini juga membuktikan bahawa beliau mempunyai keazaman tinggi bersama pasukan dan boleh dijadikan contoh kepada pemain-pemain muda di PKNP FC,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Shahrel Fikry pernah menyuarakan berkemungkinan beliau meninggalkan PKNP FC dan bakal beraksi bersama sebuah pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

Sementara itu, pengendali PKNP FC Abu Bakar Fadzim berkata beliau gembira dan mahu semua pihak menghormati keputusan yang dibuat oleh penyerang kebangsaan itu.


“Mungkin selepas buat banyak perbincangan dengan pelbagai pihak membuatkan beliau (Shahrel) ambil keputusan untuk terus kekal dengan PKNP. Saya juga agak terkejut namun gembira dengan keputusan yang dibuat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata keputusan itu juga memberi tonik tambahan kepada PKNP FC untuk mengharungi musim pertama dalam Liga Super 2018.

“Ini satu ‘suntikan semangat ‘ pada kita selepas kita rasa akan kehilangan beliau. Kekalnya Shahrel dalam skuad juga menambah kekuatan pasukan untuk mengharungi Liga Super yang kita ketahui lebih kompetitif,” katanya. – BERNAMA

Kategori