Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Akaun Cucu Najib Ada...

KEZALIMAN kerajaan Pakatan Harapan (PH) makin terserlah apabila tergamak beku akaun anak dan...

TPPA Perlu Dibentang Di...

KOTA KINABALU - Dokumen Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) perlu dibentangkan di Dewan Rakyat...

Kakak Pula Gagal Dihubungi...

Kuching: Usaha seorang kakak untuk mencari dan membawa pulang adiknya yang terkandas di...

Ternakan Kerang Di Kuala...

TAIPING - Kerajaan Negeri Perak sedang mengambil tindakan bagi mengatasi masalah kemerosotan 90...

Si Kecil Maut Kerana Hidu Asap Rokok Di Majlis Akikah

SEPASANG suami isteri mengalami pengalaman cukup perit apabila bayi mereka yang berusia sebulan meninggal dunia kesan daripada menghidu asap rokok tetamu pada majlis aqiqahnya.

Menceritakan kisah pilu itu di laman Facebook, Fitria Indah Lestari atau Indah menerusi Facebook berkata pada 17 Julai 2017 dia sekeluarga mengadakan majlis cukur jambul dan aqiqah untuk anak lelakinya, Muhammad Hafizh Syawal.

Menurutnya majlis diadakan di rumah mentuanya di Tulungagung, Jawa Timur kerana ruang lebih luas dan pada malam kejadian, dia membawa bayinya ke ruang tamu kerana ramai yang ingin melihat anaknya itu.

Aku terlalu sibuk dengan tetamu sampai aku tak menyedari kalau ada orang yang sedang merokok. Awalnya Hafizh baik-baik sahaja.

“Namun selepas dua hari majlis berlalu, Hafizh mengalami batuk-batuk dan sesak nafas. Aku memberitahu suamiku tentang keadaan Hafizh, akhirnya aku diberikan ubat batuk.

“Memandangkan Hafizh masih terlalu kecil, aku yang minum ubatnya (sebelum dia disusukan),” tulisnya.

Malangnya keadaan Hafizh masih tidak sembuh sehingga Indah dan suami terpaksa membawa anak mereka berjumpa jururawat namun tiada ubat diberi kerana bayinya masih kecil.

Akhirnya, Hafizh dibawa ke sebuah hospital bagi menjalani pemeriksaan dan barulah doktor mengesahkan Hafizh menghidap pneumonia atau paru-paru berair.

Indah dan suaminya tidak henti berdoa agar Hafizh sembuh dengan segera namun keadaannya semakin teruk dan dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik.


Doktor kemudian memberitahu pasangan berkenaan penyakit pneumonia yang dialami Hafiz adalah semakin kritikal.

“Sepatutnya paru-paru Hafizh semuanya berwarna hitam tetapi paru-parunya hampir putih kesemuanya.

“Sebahagiannya hitam, saya perlukan tandatangan kedua-dua ibu bapa sekiranya berlaku perkara tak diingini,” ujar doktor.

Dengan berat hati, Indah dan suami menandatangani surat tersebut sambil terus berharap ada keajaiban berlaku. Namun pada 30 Julai 2017, degupan jantung Hafizh semakin lemah.

Indah dan suaminya pasrah dengan ketentuan Ilahi. Si kecil itu kemudian dikebumikan di sebuah Tanah Perkuburan Islam di kampungnya.

Semoga perokok di luar sana sedar akan kesan dan akibat perbuatan mereka kepada anak kecil yang belum cukup kuat untuk melawan penyakit.

Peringatan penting buat ibu bapa pula, jauhi anak anda daripada perokok, biarlah apa pandangan orang lain, asalkan kesihatan dan nyawa anak dapat diselamatkan, itu lebih utama. – MYNEWSHUB.CC

Kategori