Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kurang 25 Peratus Capai...

KUALA LUMPUR - Hanya 22 peratus daripada 14.19 juta anggota Kumpulan Wang Simpanan...

7 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini membabitkan lima...

Pekerja Syarikat Didakwa Sebabkan...

MELAKA – Seorang pekerja syarikat barangan lusuh dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini...

17 Individu Ditahan Dalam...

BAGAN SERAI - Seramai 17 orang termasuk dua wanita masing-masing warga Thailand dan...

Siasatan Vertice: SPRM Tak Jejas Projek Terowong

KUALA LUMPUR – Vertice Bhd., yang sebelum ini dikenali sebagai Voir Holdings Bhd., firma peruncit fesyen dan pembinaan, hari ini menegaskan bahawa laporan media mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas projek terowong bawah laut di Pulau Pinang, tidak memberi impak ke atas kemajuannya.

Projek itu merupakan komponen penting Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Vertice berkata peranan syarikat sekutu 13.2 peratus milik Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd., sebagai kontraktor utama projek terowong itu, akan diteruskan mengikut rancangan.

“Antara usaha kepelbagaian syarikat, hasil utama kumpulan adalah daripada projek pembinaan yang diperoleh dan dilaksanakan oleh unit milik penuh 100 peratusnya, Vertice Construction Sdn. Bhd., yang memperoleh projek pelbagai yang bernilai lebih RM100 juta beberapa bulan lepas,” katanya.

“Kami menjangkakan momentum pertumbuhan ini akan berterusan dalam tahun kewangan 2018 dan seterusnya, dan oleh itu prestasi kewangan Vertice tidak teruk terjejas oleh berita yang dilaporkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori