Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

500 Hadir Sambutan Hari...

KUALA KANGSAR - Kira-kira 500 anggota pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu menyertai...

Pergerakan Anggota PDRM Perlis...

KANGAR - Pergerakan semua anggota Ā Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis yang sedang bertugas...

Saya Mohon Maaf Bagi...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengungkapkan permohonan maaf mewakili Kementerian...

Mangsa Tanah Runtuh Tinggal...

BENTONG - "Saya terus lari selamatkan diri tanpa memikirkan apa-apa," kata seorang daripada...

Sistem PRU Ikut SOP SPR, Tak Perlu Hantar Pemantau A’bangsa

PADANG TERAP – Tiada keperluan untuk pemantau Pilihan Raya Umum (PRU) antarabangsa dihantar ke negara ini, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata ini kerana standard sistem PRU di Malaysia yang sekian lama digunapakai adalah hampir sama seperti di negara lain malah turut mempunyai Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ketat.

“Kita buat PRU di negara ini semua ikut SOP yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jadi tak perlu siapa-siapa nak jenguk (pantau PRU) sebab semua dah ikut peraturan.

Masa Tun Dr Mahathir Mohamad jadi perdana menteri dahulu semua PRU dia kata telus, ini bila jadi pembangkang dia (Dr Mahathir) pula minta orang lain tengok (pantau PRU) seolah dia tidak percaya sistem itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Muafakat Komuniti dan Pemimpin Bersama Rakyat di Felda Lubuk Merbau di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai kenyataan Timbalan Presiden Pakatan Harapan Mohamad Sabu yang menggesa duta negara-negara Eropah ke Malaysia untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan PRU yang adil.


Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) turut dilapor menggesa negara-negara Eropah berkenaan memohon kepada kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menghantar pemantau PRU antarabangsa.

Ia susulan pertemuan antara pemimpin Pakatan Harapan diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad bersama 16 duta negara-negara Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini di ibu negara. – BERNAMA

Kategori