Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

SPR Belum Terima Perakuan...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menerima perakuan keputusan Hakim Mahkamah...

Diserang Sakit Jantung, Lelaki...

SEORANG lelaki berusia 56 tahun meninggal dunia di atas motosikal yang diparkirnya di bahu...

Apabila Kucing Dituduh Mencuri...

KASIHAN sungguh dengan seekor kucing iini yang dipanggil Moggy Milo apabila dikatakan ‘mencuri’...

Juri MasterChef Dikutuk Komen...

BUKAN selalu kita dapat melihat rakyat negara kita bersatu berkaitan sesuatu perkara. Ini...

Siti Hasmah Tidak Disoal Siasat – Polis

KUALA LUMPUR – Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tidak disoal siasat tetapi diambil keterangan secara profesional oleh polis pada Jumaat lepas dengan menghormati kedudukan serta statusnya, berhubung perhimpunan yang dianjurkan tanpa notis pada September 2017.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd menarik perhatian bahawa Dr Siti Hasmah sendiri telah membuat kenyataan umum bahawa beliau tidak berhadapan dengan sebarang bentuk intimidasi sepanjang kenyataannya dirakam.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kenyataan-kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Siti Hasmah sendiri, katanya, bersedia memberikan kerjasama dalam melengkapkan siasatan polis.


Wan Ahmad Najmuddin menegaskan ini merupakan sebahagian daripada proses siasatan polis dan tidak melibatkan sebarang bentuk tekanan daripada mana-mana pihak.

Pada 10 Sept tahun lepas, sekumpulan aktivis wanita dilapor menganjurkan perhimpunan dikenali sebagai ‘Wanita Bantah Politik Toksik’ di ibu negara. Dr Siti Hasmah dilapor memberi ucapan ringkas pada acara itu. – BERNAMA

Kategori