Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Insiden Doktor Tinggi Suara...

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) memandang serius isu membabitkan insiden...

Tiada Bukti PAS Terima...

PUTRAJAYA - Lain diharap, lain pula yang berlaku. Mungkin itulah gambaran paling sesuai...

Banjir Terengganu, 50 Staf...

KUALA TERENGGANU - Lima puluh kakitangan Hospital Hulu Terengganu terpaksa menaiki jentolak yang...

ASEAN Iktiraf Wira Pemuliharaan...

KUALA LUMPUR - Sepuluh individu daripada negara anggota ASEAN akan dinobatkan sebagai Wira...

Skuad Kim Swee Berpeluang Disenarai Kategori A

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak Bawah-23 (B-23) negara berpeluang untuk disenaraikan dalam kategori A ke Sukan Asia Jakarta dan Palembang 2018, dari 18 Ogos hingga 2 September ini.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo berkata sekiranya skuad berkenaan mahu merebut slot kategori A, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memberi justifikasi kukuh berdasarkan prestasi semasa dan ranking pasukan itu di peringkat Asia.

“Pada masa ini, kita belum mengambil keputusan mengenai sukan mana berada dalam kategori A dan B. Pada mesyuarat pemilihan kedua selepas ini, baru kita akan menetapkan kategori untuk setiap sukan, tetapi semua sukan mempunyai kemungkinan untuk disenaraikan dalam kategori A berdasarkan justifikasi mereka.

“Pada mesyuarat pemilihan pertama minggu lalu, kami hanya memberi peluang kepada persatuan sukan kebangsaan membuat persiapan dan memberi kriteria-kriteria mengapa kita perlu memberi mereka pertimbangan berada dalam kategori A,” katanya selepas mesyuarat Pengurus Pasukan ke Sukan Asia 2018 yang pertama di Wisma OCM, di sini, hari ini.

Sekiranya sesuatu sukan diletakkan dalam kategori A, semua kos untuk menyertai temasya sukan itu akan ditanggung MOM dan Majlis Sukan Negara (MSN), manakala bagi kategori B, persatuan sukan perlu menanggung kos tersebut terlebih dahulu dan boleh dituntut balik jika mereka berjaya meraih pingat.

Sebuah blog sukan sebelum ini melaporkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu layak diberi pertimbangan diletakkan dalam kategori A, selepas berjaya melangkah ke suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di China, selain kejayaan meraih pingat perak Sukan SEA 2017, Ogos lalu.

Mengenai jadual perlawanan, Beng Choo berkata pihak penganjur, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc) hanya dapat mengeluarkan jadual dan venue selepas mendapat kepastian bilangan pasukan yang akan mengambil bahagian dalam acara bola sepak pada temasya sukan itu.


Beng Choo menegaskan pemilihan atlet untuk temasya itu yang melibatkan 462 acara daripada 40 jenis sukan, hanya akan dibuat pada Mac.

Dalam pada itu, beliau berkata MOM sedia berbincang dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengenai pemilihan atlet Sukan Komanwel Australia pada April ini, mengenai kuota yang diberikan kepada atlet olahraga negara.

“Mereka bebas berbincang dan buat rayuan kepada kami mengenai pemilihan ke Sukan Komanwel. Kalau nak tambah atlet, memang susah kerana penganjur hanya memberi kuota 98 atlet bagi sukan individu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak disenarai ke Sukan Komanwel, walaupun melepasi had kelayakan 2.24m, musim lalu. – BERNAMA

Kategori