Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lakukan Post Mortem, Buat...

SIK - Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah...

Pemandu Lori Sampah Maut...

MELAKA - Seorang pemandu maut apabila lori sampahƃā€šĆ‚Ā  yang dipandunya dihempap lengan sebuah...

FAP Dapat RM5 Juta...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan memperuntukkan RM5 juta kepada Persatuan Bola...

Tak Mahu Jaja Kisah...

DIKATAKAN bercinta dengan Tajul Arif, Wany Hasrita mohon agar peminat berhenti menyebar khabar...

Spekulasi Hanya Untuk Jatuhkan Najib: Irmohizam

PERJUMPAAN Pakatan Harapan (PH) bersama duta negara Eropah (EU) yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ternyata sengaja menimbulkan spekulasi sekali gus mahu menjatuhkan Presiden Umno.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menjelaskan, perjumpaan itu yang bertujuan untuk menggesa kerajaan melaksanakan pilihanraya umum ke-14 dengan adil adalah alasan yang tidak munasabah.

ā€œSetiap piliharaya umum mahupun kecil dilaksanakan badan berkecuali iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan bukan saja memfitnah BN malah menafikan ketelusan SPR selama ini.

ā€œMereka hanya mahu mensensasikan perjumpaan itu dengan membuat spekulasi kononnya kerajaan akan bertukar tangan. Spekulasi ini hanyalah tujuan untuk mewujudkan persepsi dan tekanan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak,ā€ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor turut menyifatkan gesaan pemimpin PH itu tidak logik kerana mempersoalkan ketelusan SPR.


ā€œAdakah kemenangan PH yang sebelum ini menguasai beberapa negeri pada pilihan raya umum ke-13 lalu disifatkan satu pilihan raya tidak adil?

ā€œSemua ini hanyalah propaganda murahan yang menjadi irama baru PH. Sikap pemimpin PH ini langsung tidak berpaksikan kenyataan dan tidak dapat menerima hakikat wujudnya demokrasi yang telus di negara ini.

ā€œSaya amat yakin rakyat tidak akan termakan dengan pembohongan mereka dan sedar bahawa hanya kerajaan BN sahajalah yang dapat memakmurkan negara untuk masa depan yang lebih gemilang,ā€ katanya lagi.-MYNEWSHUB.CC

Kategori