Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

12 Wanita Mangsa Pemerdagangan...

GEORGE TOWN - Dua belas wanita warga asing ditemui dikurung dalam bilik rahsia...

Video Polis Mesir Terima...

VIDEO memaparkan seorang wartawan dan pelakon menyerahkan kondom kepada anggota polis Mesir sempena...

PANAS! ‘Ustaz TV9’ Didakwa...

Seorang pengguna Facebook didapati telah memuat naik beberapa status memusykilkan di laman sosial...

Pelumba Negara Kutip Emas...

NILAI - Skuad kuartet berbasikal berpasukan lelaki mencipta kejutan apabila berjaya meraih pingat...

SPR Tak Memihak, Segala Tindakan Ikut Undang-Undang

KUALA LUMPUR – Segala tindakan yang diambil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk dalam proses persempadanan semula kawasan pilihan raya adalah mengikut peruntukan undang-undang.

Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar menegaskan SPR merupakan satu badan yang bebas dan bukannya boneka yang digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak.

“Sebagai adil, SPR menjalankan kerja mengikut Perlembagaan dan dalam melaksanakan tugas, sudah pasti tindakan (yang dibuat) tidak memberi kepuasan kepada semua pihak.

“Saya sebagai mantan (timbalan pengerusi) nak tegaskan SPR ikut undang-undang, dan mereka yang tidak bersetuju boleh mengemukakan bantahan dan semakan, misalnya dalam urusan persempadanan semula,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, adalah tidak adil untuk menuduh SPR berpihak kepada kerajaan dalam melaksanakan tugas.

“Mereka (ahli politik) hanya melihat dari kaca mata politik, sudah tentu tak puas hati. Jika sesuatu keputusan memihak kepada mereka, mereka akan diam,” katanya.


Mengulas kempen ‘Jangan Mengundi PRU14 dan Kempen Undi Rosak’ yang tular di laman sosial, Wan Ahmad berkata ia tindakan tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Menurutnya, kempen seperti itu tidak wajar dibuat dan ia menafikan hak pengundi untuk memilih kerajaan secara demokrasi.

“Proses pilihan raya merupakan satu kesinambungan proses demokrasi. Kenapa perlu galakkan pengundi supaya tidak menggunakan hak mereka. Saya harap masyarakat jangan terpengaruh,” kata Wan Ahmad. – BERNAMA

Kategori