Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Guna Media Sosial Dengan...

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengajak seluruh...

RM290 Juta Untuk Projek...

JASIN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM290 juta...

Ramai Minta BSH Dinaikkan

KUALA LUMPUR - Pembukaan kaunter untuk permohonan dan mengemaskini maklumat peribadi bagi pembayaran...

Sengaja Cemar Air Untuk...

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor menyifatkan insiden pencemaran air sehingga menyebabkan gangguan...

SPRM Johor Tahan 100 Individu Tahun Lepas

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan 100 individu daripada sektor awam dan swasta sepanjang tahun lepas.

Pengarahnya Datuk Azmi Alias berkata sebahagian besar individu yang ditahan itu terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa berkaitan perolehan, perlesenan dan penguatkuasaan.

Katanya 46 daripadanya ditahan di Johor Bahru, Batu Pahat (22), Kluang (21) dan 11 individu di Segamat.

“Sepanjang tahun lalu, kita menerima 557 maklumat berkaitan rasuah serta penyalahgunaan kuasa dan 259 daripadanya diambil tindakan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang disertai 366 pegawai dan kakitangan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di sini, hari ini.

Beliau berkata sepanjang tahun lalu, sebanyak 144 program IBR dilaksanakan di seluruh negeri ini dengan 117 daripadanya melibatkan sektor awam iaitu 71 jabatan kerajaan negeri dan 46 kerajaan persekutuan.


Azmi sehubungan itu, menyeru jabatan yang belum melaksanakan IBR untuk segera melaksanakannya.

“Fokus kita (SPRM Johor) pada 2018 ialah sektor awam dan pada 2020 kita bersih daripada rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Penumpuan akan diberikan pada program pencegahan untuk lebih mendekati masyarakat agar dapat bergerak bersama SPRM bebas rasuah,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori