Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Konflik Peralihan Kuasa Punca...

PETALING JAYA - Dua penganalisis politik mengaitkan kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) dalam...

Kadar Tarif Air Di...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah tidak menolak kemungkinan berlaku kenaikan kadar tarif...

Presiden Roma Maki Penyokong...

SEORANG penyokong bola sepak mengalami kecederaan kritikal pada perlawanan separuh akhir dan presiden...

Ratusan Lagi Penerbangan AS...

Amerika Syarikat ,  Delta dan beberapa syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) lain bertindak...

Strategi Kerajaan Berhasil Nilai Ringgit Mengukuh

PRESTASI semasa nilai ringgit memberi isyarat positif bahawa paras mata wang itu semakin kukuh dan berkembang seiring dengan pertumbuhan asas ekonomi negara untuk tahun 2018.

Ia ekoran pelbagai pelan pemulihan dan alternatif yang dilaksanakan kerajaan dalam berhadapan situasi ekonomi dunia akhirnya membolehkan nilai ringgit berada di bawah paras psikologi iaitu bawah nilai 4.00.

Apa yang lebih membanggakan ia telah berjaya ditambat pada nilai 3.9700/9730 berbanding Dollar Amerika pada Jumaat lalu berbanding 3.9950/9000 pada minggu sebelumnya.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, perkembangan terkini itu juga sekali gus menangkis dakwaan pembangkang selama ini konon ekonomi Malaysia makin teruk di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ini dengan jelas dakwaan itu selama ini tidak benar sama sekali. Malah Bank Dunia memberi pengiktirafan terhadap hala tuju ekonomi negara dengan menyemak naik unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2017 kepada 5.8 peratus.

“Justeru, Pemuda UMNO yakin dengan kestabilan politik yang ada serta usaha yang berterusan daripada pihak kerajaan dan disokong oleh keadaan ekonomi dunia, kedudukan ekonomi negara akan dapat diperkukuhkan ke tahap yang cemerlang berbanding zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Kata Jamawi, peningkatan nilai ringgit itu disambut baik Pemuda UMNO dan yakin prestasi cemerlang itu akan berterusan dengan petunjuk-petunjuk ekonomi utama Malaysia yang semakin positif iaitu pertumbuhan eksport dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi serta kegiatan ekonomi yang semakin menggalakkan.

Tambah beliau, Pemuda UMNO juya percaya selain daripada kestabilan politik, faktor-faktor itu juga sangat membantu dalam meningkatkan sentimen pelabur terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia dan seterusnya menyokong pengukuhan nilai ringgit. – MYNEWSHUB.CC

Kategori