Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bahan Kimia ‘Solderite’ Tumpah...

IPOH - Bahan kimia jenis 'solderite' tumpah di dalam lori dan bahu jalan...

Hak Kerajaan Saman Rakyat...

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berpandangan kerajaan harus menimbang...

Jackie Chan Dapat ‘Datuk’...

DI SAAT ramai mempersoalkan kewajaran pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) diberikan kepada Jackie Chan pada...

IKRAM Sokong Hasanuddin Jadi...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyokong tindakan Timbalan Presidennya menyertai Parti...

Suami Kantoi Dengan Isteri, Khalwat Kaum Sejenis!

SETELAH dua tahun menjalani bahtera perkahwinan bersama, barulah si isteri mengetahui bahawa suaminya telah menjalinkan hubungan songsang dengan kaum sejenis.

“Kalau perempuan tu, saya masih lagi boleh terima, ini lelaki!” kata wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai May dan berusia 30 tahun.

Si isteri terus menangis kerana tidak dapat menahan pilu di dada ketika berada di ruang menunggu keputusan sebuah mahkamah syariah di Indonesia pada 16 Januari lalu.

Kegiatan jijik suaminya turut baru diketahuinya selepas lelaki itu telah ditangkap sedang berkhalwat bersama dengan seorang lelaki di sebuah hotel, dua hari lalu.

Disebabkan kejadian terkutuk itu, dia telah memulakan ‘perang’ untuk menyelongkar akaun Facebook suaminya kerana sebelum ini dia langsung tidak ambil pusing mengenainya akibat terlampau sibuk dengan kerja.

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih rumit apabila dia mendapati senarai rakan di akaun itu boleh dikatakan semuanya ialah lelaki sahaja.

Lebih mengejutkan apabila dia membaca mesej suaminya dengan lelaki lain yang sangat jijik. Hal itu telah pun diadukannya kepada mertuanya sebelum mengambil keputusan untuk menuntut cerai.


“Ibu dan bapanya sangat terkejut, sampai mereka semput dengar pengakuan anaknya, saya sebenarnya kasihan melihat mereka, tapi nak buat macam mana,” katanya dipetik daripada sebuah portal tempatan.

Walaupun telah dinasihatkan oleh pihak hakim supaya tuntutan cerai itu ditarik balik, namun wanita itu masih tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan niatnya itu.

Hati wanita mana yang sanggup menerima apabila suaminya sendiri telah menjalinkan hubungan songsang dengan kaum sejenis. – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Kategori