Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MBFP Anjur Eksplorasi Berakit...

KUANTAN - Program Eksplorasi Berakit Sungai Pahang anjuran Majlis Belia Felda Negeri Pahang...

Dana KWAP Dijangka Cecah...

KUALA LUMPUR - Dana Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP, dijangka mampu mencecah...

UMP Kaji Sebab Kawasan...

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan mewujudkan sekumpulan pakar bagi mengkaji kawasan...

BN Akan Fail Rayuan...

BERSEDIA... Barisan Nasional (BN) akan buat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur...

Sukma: Perak Sasar 70 Emas Muncul Juara Keseluruhan

IPOH – Perak berazam muncul juara keseluruhan dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-19 yang dijadual berlangsung di negeri itu September depan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sasaran tersebut mampu direalisasikan sekiranya semua atlet yang mewakili Perak pada kejohanan kali ini berjuang bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama negeri.

Katanya kelebihan selaku tuan rumah harus digunakan sebaiknya untuk menggapai kejuaraan buat julung kali sekali gus mengatasi rekod terbaik sebelum ini iaitu di tempat ketiga pada Sukma 2002 di Sabah dengan kutipan 49 pingat emas.

“Saya mempunyai keyakinan dengan atlet-atlet kita kerana kalau kita lihat ada kalangan mereka yang telah menyumbang (pingat) bukan sahaja di peringkat negeri, malah di persada antarabangsa termasuk Olimpik.

“Dengan potensi, bimbingan dan beberapa strategi yang disusun, saya yakin Perak akan muncul juara atau setidak-tidaknya memberi saingan yang kuat,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran maskot, logo dan lagu tema Sukma ke-19 Perak 2018 Wow! Kita Hebat! di sini, malam tadi.

Sukma ke-19 dijadual berlangsung dari 12 hingga 22 Sept dan sebanyak 26 jenis sukan merangkumi 369 acara bakal dipertandingkan dalam temasya itu yang kali kedua dilangsungkan di Perak selepas kali pertama pada tahun 1994.


Dalam pada itu, Zambry mengingatkan para atlet negeri supaya tidak sesekali mengulangi pencapaian kurang memberangsangkan seperti yang dipamerkan dalam Sukma Perlis 2014 dan Sukma Sarawak 2016.

“Kita tidak mahu peristiwa itu berulang dan pada masa yang sama peringatan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan anak jati negeri, mahu melihat Perak mencatatkan keputusan membanggakan,” katanya. – BERNAMA

Kategori