Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

AS Gantung Operasi Tentera...

WASHINGTON DC - Selepas aib insiden pelanggaran kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) di...

Najib Tak Pernah Pilih...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak...

Gambar: Najib Imbau Kenangan...

HARI ini genap 40 tahun pemergian Bapa Pembangunan, Tun Abdul Razak Hussein yang...

Menteri Pertahanan Israel Letak...

JERUSALEM - Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman meletakkan jawatan dan menggesa pilihan raya...

Thaipusam: Sultan Johor Hadir Walau Tangan Cedera

JOHOR BAHRU – Walaupun tidak dapat berjabat tangan, kehadiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada perayaan Thaipusam hari ini tetap disambut meriah oleh penganut Hindu.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim ke perkarangan khemah Kuil Sri Subramaniar di Tampoi, Johor Bahru pada pukul 12.06 tengah hari disambut oleh Exco Kerajaan Johor, R.Vidyananthan.

Hadir sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

“Walaupun tidak dapat bersalaman, orang ramai menyambut meriah keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali.

“Baginda kemudian berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari dan turut meluangkan masa beramah-mesra dengan orang ramai sebelum berangkat pulang,” lapor laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Sultan Johor dua hari lalu menzahirkan oerasaan dukacita baginda kerana tidak dapat berjabat tangan dengan orang ramai khususnya masyarakat India pada perayaan Thaipusam.


Baginda yang gemar memasak telah mengalami kecederaan di tangan kanan akibat melecur ketika menyediakan makanan di Istana pada Sabtu lalu.

“Tangan saya mengalami kesan melecur yang agak teruk ketika memasak. Oleh itu, saya tidak akan dapat bersalaman dengan orang ramai dan agak kurang sopan jika kita menyambut salam dengan tangan kiri. Saya berharap orang ramai akan memahami situasi ini,” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC

Kategori