Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Anak Sulung Azeez Rahim...

Sejurus Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Rahim dilepaskan daripada tahanan reman kini...

2 Kapal Pindah Diesel...

LABUAN - Dua buah kapal dagang beserta 19 kru rakyat Malaysia, enam warga...

Nelayan Jumpa Mayat Mangsa...

KEPALA BATAS - Seorang lelaki dipercayai dibunuh dan mayatnya ditemui dalam beg plastik...

PTPTN Akan Buka Dua...

Pejabat PTPTN Negeri Tuan Din Tuan Mat."Cawangan tersebut ialah di Kluang yang akan...

Sweetnya! Adam & Yuna Menari Rai Perkahwinan

MAJLIS perkahwinan antara penyanyi Yuna dan pasangannya, Adam Sinclair pada Jumaat lalu nampaknya masih meninggalkan kesan terhadap para peminatnya.

Setiap tanda pagar dan kiriman status atau gambar yang berkaitan dengan majlis tersebut di sosial media pasti menerima jumlah ‘likes’ dan tontonan yang tinggi.

Baca: Sekali Lafaz Sahaja, Yuna Kini Sah Milik Adam

Juga: Pandangan Mata Adam ‘Panah’ Hati Yuna

Ramai yang mahu ‘melihat’ sendiri keindahan dekorasi majlis mereka yang bertemakan taman hutan tropika itu; ‘terasa’ sungguh kemeriahannya meskipun sekadar menonton dari skrin telefon pintar!

Namun, video yang paling menarik perhatian sudah tentunya tarian pertama pasangan ini sebagai suami isteri.

Semasa acara memotong kek, ahli keluarga dan sahabat handai mereka berdua mengelilingi pasangan ini untuk bergambar dan bergurau senda.

Selesai sahaja memotong kek, tiba-tiba sebuah lagu berbahasa Inggeris berjudul Wonderful Tonight nyanyian asal Eric Clapton berkumandang dan pasangan merpati dua sejoli ini terus menari tarian yang romantik, sambil merangkul erat pinggang masing-masing.

Yuna dan Adam yang sebelum ini tidak pernah menunjukkan kemesraan mereka di khalayak ramai, menerima sorakan dan tepukan yang gemuruh kerana kedua-duanya kelihatan saling memandang mata saTu sama lain dengan penuh rasa cinta.


Bersemut skrin laptop kami menontonnya, tau! So sweet!

Yuna, selamat bergelar isteri kepada pengarah video, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, pada jam 7 malam kelmarin (Jumaat).

Pasangan pengantin baharu tersebut dinikahkan oleh Ustaz Azmi Noh dari Jabatan Agama Islam Pahang berwalikan bapa Yuna sendiri, Datuk Mat Zara’ai Alias, pada majlis berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Dalam majlis sederhana yang hanya dihadiri 300 jemputan itu, pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Za ra’ai, 31, membalas dengan sembilan dulang. – MYNEWSHUB.CC

Kategori