Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelukis Forensik Ramal Wajah...

BERITA kelahiran anak kedua pasangan Duke and Duchess of Cambridge, Putera William dan...

Botak Kepala Lepas Raih...

ATLET  olahraga negara, Rayzam Shah Wan Sofian, menamatkan penantian 10 tahun acara 110...

ESSZone: Nelayan Masih Boleh...

KUALA LUMPUR - Komuniti nelayan masih boleh menjalankan aktiviti penangkapan ikan kerana perintah...

Lebih RM1 Juta Rugi...

KOTA KINABALU – Polis Kota KInabalu menerima 55 kes penipuan melalui panggilan telefon...

Syamel Mohon Pulangkan Telefon Bimbit Jika Terjumpa

TELEFON bimbit merupakan satu gajet yang penting dan boleh dikatakan semua maklumat yang dimiliki oleh tuan empunya, ada terdapat di dalamnya.

Bagi penyanyi Syameel Aqmal Mohd. Fodzly atau lebih dikenali sebagai Syamel, 25, kehilangan telefon bimbitnya yang baru sahaja digunakan sejak dua bulan lalu telah membuatkan dia hilang arah sejak semalam.

Kesemua maklumat serta jadual kerjanya terdapat di dalam telefon tersebut dan selama ini dia telah bergantung kepada maklumat di dalamnya.

“Saya berjanji tidak memanjangkan kes ini jika individu terbabit berhajat memulangkan barang milik saya secara baik. Banyak perkara penting ada dalam telefon itu, terutama butiran kerja. 

“Kepada individu yang terjumpa telefon pintar itu, saya mohon kembalikan,” katanya dipetik daripada BH Online.

Mereka hanya perlu menghantar ‘direct message’ menerusi laman Instagramnya sehaja atau apa juga cara untuk menghubunginya.

Penyanyi lagu Hidup Dalam Mati itu turut mengakui bahawa kejadian itu berpunca daripada kecuaiannya sendiri ketika sesi fotografi bersama dengan pihak media.


Dia juga tidak perasan bahawa ketika itu telefon bimbitnya tidak berada dalam simpanannya.

Disebabkan kejadian itu, Syamel menganggap ianya sebagai satu pengajaran ke atas dirinya supaya lebih berhati-hati.

Kini, dia semakin sibuk menjalani persiapan bagi meghadapi pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 pada Februari ini.

Rezeki kali ini menyebelahi Syamel apabila dua buah lagunya tercalon iaitu Lebih Sempurna dan Aku Cinta yang menampilkan gandingannya bersama dengan Erni Zakri.

Erni dan Syamel sebelum ini telah dinobatkan sebagai juara menerusi pertandinagn Duo Star pada tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori