Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Petronas Catat Untung Sebelum...

KUALA LUMPUR - Petronas mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM33.7 bilion pada tahun...

2 Lelaki Ditahan Selepas...

GEORGE TOWN - Dua lelaki bukan sahaja berputih mata kerana gagal menyamun seorang...

Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000...

6 Amalan Sunat Bulan...

HARI Raya Aidilfitri menandakan hari kemenangan buat umat Islam di seluruh dunia setelah...

Tahan Pengedar, Rampas Syabu, Heroin, Ganja

KULAI – Polis menahan dua lelaki dipercayai pengedar dadah serta merampas pelbagai jenis dadah anggaran berat kasar 104.94 gram bernilai RM3,580 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sepakat Baru dekat Senai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Dzulkhairi Mukhtar berkata kedua-dua suspek berusia 18 dan 22 tahun itu ditahan ketika berada di anjung rumah berkenaan dalam serbuan kira-kira 11.15 pagi hasil risikan pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah Kulai.

ā€œPemeriksaan terhadap suspek pertama menemukan satu paket plastik disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat kasar 0.85 gram di dalam poket seluar manakala polis tidak menemukan sebarang dadah pada suspek kedua berusia 22 tahun itu,ā€ katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kulai, di sini hari ini.

ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹Bagaimanapun, katanya, pā€‹emeriksaan di dalam rumah menemukan 154 paket plastik berisi bahan serbuk dan butiran disyaki dadah jenis Heroin seberat 102.58 gram serta satu paket bahan hablur disyaki syabu seberat 1.51 gram di dalam sebuah beg galas.

Dzulkhairi berkata dadah yang dirampas dipercayai untuk kegunaan 200 orang untuk diedar di sekitar Kulai dan di luar daerah itu.

Ujian saringan air kencing turut mendapat suspek berusia 18 tahun positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).


Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori