Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pulang Pingat Kerana Setia...

MITHALI... Selepas menggemparkan umat Islam seluruh dunia kerana patuh arahan suami sendiri larang...

KKM Tak Setuju Dengan...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak bersetuju dengan cadangan menurunkan had umur minimum...

Zulin Aziz Luah Rasa...

SEORANG penyampai radio tempatan telah memuatnaik satu lirik video dilaman akaun Instagram miliknya...

JKM Yang Tentukan, Bukan...

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad mempersoal kenyataan Timbalan...

Tak Minat Nak Berubah, Hafiz Tegur Instafamous Pondan

TIDAK dinafikan bahawa semakin hari, semakin bertambah golongan lelaki yang gemar berpakaian seperti wanita tak kisah berkongsi cerita menerusi laman sosial mahupun dalam dunia realiti.

Golongan insan dua alam seperti ini bagaikan bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahu dan ada juga segelintir netizen tampil memuji ‘kecantikan’ songsang dimiliki oleh individu tersebut.

Baru-baru ini, Hafiz Hamidun sudah mula bersuara terhadap tindakan berani seorang Instafamous yang mengeluarkan kenyataan bahawa dia suka berpakaian seperti seorang wanita.

Hafiz kemudian telah memberi respon selepas sebuah portal hiburan turut menyiarkan kisah Instafamous berkenaan yang dikenali sebagai Faiz Roslan.

Dalam masa yang sama, dia turut mengatakan bahawa portal hiburan tersebut telah membuat sedikit kesalahan dan dia telah memperbetulkannya dengan cara membalas twit Hafiz itu.

Tindakan berani Hafiz yang menegur Faiz telah mendapat pujian netizen kerana mereka turut sudah letih dengan perbuatan lelaki tersebut yang gemar berpakaian wanita dan membuat video lalu memuatnaiknya di laman sosial.

Faiz turut dikenali di Instagram kerana sering membuat video parodi dengan memakai pakaian wanita serta turut bertudung dengan rakan-rakan lelakinya yang lain.

Baca: Video: Parodi ‘I Am Me’ Buat Netizen Pecah Perut

Malah, dia turut menjadikan imejnya itu sebagai sumber pendapatan selepas terdapat banyak instashop yang telah membayarnya bagi membuat review untuk testimoni produk mereka.

Di situ juga jika ada produk yang diberi itu merupakan barangan wanita, tanpa segan silu, Faiz pasti akan bersolek dan selamba mengenakan tudung.


Dalam masa yang sama, Faiz turut berasa kecewa kerana dia sering dikecam atas tindakannya sendiri.

“Saya dilahirkan lembut. Ya kita boleh berubah tapi maaf saya tak minat. Bukan taknak. Salah ke lelaki lembut wujud? Pakai macam perempuan?” tulisnya menerusi Twitter pada Sabtu lalu.

Namun, Faiz semestinya tidak boleh menyalah mana-mana pihak jika dia dikecam atas perbuatannya yang terang terangan salah di sisi agama Islam sendiri.

Mungkin sudah tiba masanya jika golongan seperti ini dikenakan tindakan undang-undang kerana mereka bagaikan sudah langgar fitrah yang mana lelaki memang diharamkan untuk berpakaian seperti wanita dan sebaliknya juga.

Jika dibiarkan, khuatir juga kalau-kalau lebih banyak anak muda yang terpesong sehingga menjadikan imej seperti itu sebagai sumber pendapatan mereka. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori