Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tan Sri, Isteri Ditahan...

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menahan seorang individu bergelar Tan Sri berusia...

‘Anwar Bukan Raja Untuk...

KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon untuk berdepan...

PAJPP Gesa SPRM Siasat...

GEORGE TOWN - Persatuan Anak Jati Pulau Pinang (PAJPP) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Kerajaan Perlu Jelaskan Skop...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu jelaskan skop liputan barangan dan perkhidmatan yang dikenakan...

Tak Sanggup Rakan Baik Dikeji, Johan Pertahan Iqram

SEBAGAI rakan baik, pelakon Johan As’ari tidak bersetuju dan agak terkilan dengan kata-kata seorang penceramah bebas yang menegur perbuatan Iqram yang telah hina Nabi Muhammad SAW.

“Mufti sendiri beritahu penggunaan istilah “che mat” yang digelarkan kepada baginda Rasulullah SAW adalah satu “dosa besar” malah cara penyampaian mufti cukup lembut dan bersahaja.

“Saya terkilan akan penyampaian keras ustaz terbabit dan saya mohon ustaz terbabit siapakah gerangannya marilah bertemu saya dan kita bersilaturrahim,” tulis Johan di ruangan caption video yang dimuat naiknya semalam.

Minggu lalu, ketika rancangan Melodi, Iqram telah dijemput sebagai tetamu undangan dan secara tidak sengaja pelakon tersebut telah menyebut ‘Che Mat’ sebagai ganti nama bagi Baginda Rasulullah SAW.

Baca:  Iqram Hina Nabi, Ustaz Gesa Pejabat Agama Siasat

Namun, apabila menyedari akan kesilapannya itu, Iqram dengan segera memperbetulkan ayatnya itu dan dia juga telah memohon maaf atas kesilapannya itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam masa yang sama, Johan dikatakan kecewa dengan penceramah tersebut kerana penggunaan ayat kasarnya sehingga membuatkan rakan baiknya itu mula menjadi perhatian umum.

“Saya percaya abang saya @iqramdinzly jelas akan ketidaksengajaan beliau tersasul kata pada siaran langsung Melodi di Tv3 tempoh hari dan telah memohon maaf,” tulisnya lagi.

Tambah Johan lagi, dia lebih mengetahui mengenai keadaan Iqram yang terkini selepas menziarahnya pada minggu lalu.


Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan Johan membuat video sedemikian seolah-olah memperlekehkan teguran pendakwah bebas berkenaan.

Semoga isu tentang ini akan segera tamat kerana semakin lama ianya membuatkan orang ramai semakin muak akibat bermacam-macam spekulasi yang dibuat oleh pelbagai pihak.

Lagi-lagi selepas Iqram mengatakan bahawa apa yang dia lakukan selama ini hanyalah seni lakonan yang dipraktikkan olehnya sahaja.

Apa pun, kalau benar Iqram bersalah, maafkanlah dia kerana kita sebagai manusia tak lari daripada melakukan kesilapan dan dia sendiri juga telah mengakui kesilapan yang dilakukan ketika itu.

Kalau benarlah sebenarnya Iqram sedang sakit, mudah-mudahan penyakitnya akan segera sembuh dan semoga dia dapat kembali berkarya sebagai seorang pelakon seperti dahulu. – MYENWSHUB.CC/AH

Kategori