Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Penubuhan IPCMC Dibentuk Hujung...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang baru-baru ini...

Pemuda PAS Kecam K’jaan...

DEWAN Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam tindakan kerajaan negeri itu mengeluarkan Bendahari Badan...

Dasar Populis Tolak GST...

KERAJAAN Pakatan Harapan semakin terdesak apabila hasil pendapatan negara semakin jelas didapati tidak...

Umat Islam Perlu Faham...

YAN – Umat Islam di negara ini digesa agar memahami tatacara dan batasan...

“Tak Sebulu Bukan Maksud Kena Bermasam Muka”

WALAUPUN sudah tidak menjadi vokalis kumpulan Kristal, Lan Solo telah menegaskan bahawa dia tidak perlu untuk bermusuhan serta bermasam muka dengan mana-mana anggota kumpulan itu.

Baca: Nekad Solo, Lan Nafi Kembali Bersama Kristal

Juga: Lan Masuk Gegar Vaganza, Kristal Cari Vokalis Baharu?

“Dari segi persahabatan saya harap hari mendatang ia akan jadi lebih baik dan kalau hendak berjumpa atau berselisih rasanya tiada masalah,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Menurut Lan atau nama sebenanrnya, Razlan Mohamed Yusof, 32, setelah hampir 20 tahun mereka bersama serta dengan persahabatan yang terjalin itu, dia sangat berharap agar mereka akan berbaik seperti dahulu.

“Saya bukannya mencuri atau pukul orang dan apa yang berlaku di antara kami pasti ada hikmah,” ujarnya lagi.

Isu ini mula terjadi apabila pemain gitar kumpulan Kristal iaitu Rody mengumumkan bahawa mereka bakal merehatkan vokalis kumpulan terbabit, iaitu Lan sendiri.

Disebabkan perkara berkenaan yang tidak dimaklumkan kepada Lan sendiri, maka dia telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, Rody turut memberitahu bahawa mereka bakal mengadakan sesi uji bakat bagi mencari vokalis terbaharu kumpulan itu.

Dalam masa yang sama, Lan turut dikatakan masih belum bersedia jika suatu hari nanti ada kesempatan untuk mereka bekerjasama semula seperti dahulu.


Setelah bergelar penyanyi solo, Lan ingin memberi tumpuannya selepas menyertai program Gegar Vaganza musim keempat baru-baru ini.

“Saya ingin keluar daripada zon selesa dan sebagai penyanyi saya mahu mencuba pelbagai genre muzik dan bukannya memfokuskan kepada rock semata-mata.

“Alhamdulillah sejak menyertai GV saya banyak mencuba benda baru termasuk tampil dengan imej segar dan nampaknya peminat pun dapat terima dengan baik,” jelasnya lagi.

Walaupun sudah tidak bersama dengan Kristal, Lan sama sekali tidak akan meninggalkan muzik genre rock kerana itu ialah ‘nyawa’ baginya.

Sebelum ini pun Lan memang dikenali sebagai seorang penyanyi yang tidak asing lagi dengan muzik genre rock.

Diharapkan segala isu dapat diselesaikan dengan secepat mungkin agar tidak terjadi sebarang perkara yang tidak diingini di kemudian hari nanti. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori