Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ramai Calon Bertanding, Tawar...

TEMERLOH - Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden parti Datuk Seri Dr...

Padah Hina Kekasih Sebagai...

LONDON - Seorang wanita di Britain mengaku menikam teman lelakinya sehingga mati akibat...

Covid-19: Bursa Malaysia Beroperasi...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia Bhd. dan anak syarikatnya akan terus beroperasi seperti...

Selangor Umum 13 Disember...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor mengumumkan 13 Disember ini sebagai Hari Kelepasan Am...

Tanpa PAS, DAP Sukar Tawan Pengundi Melayu

DAP kini mula mengakui sukar untuk menang di kawasan yang bermajoriti Melayu pada Pilihan Raya Umum tanpa sokongan daripada pengundi tegar PAS, menurut laporan portal BNBBC.my.

Ia dijelaskan sendiri oleh Dr. Tan Seng Giaw yang juga Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Kepong bahawa kesukaran itu timbul sejak mereka memutuskan hubungan dengan parti Islam tersebut.

“PAS memang ada sokongan kuat masyarakat Melayu dan Islam. Apabila PAS keluar (Pakatan Rakyat), banyak tempat yang ada pengundi Islam, kita belum tahu lagi, sama ada mereka akan tinggalkan DAP atau tidak.

“Tanpa sokongan PAS, ada sesetengah kawasan kali ini akan lebih susah untuk dimenangi, contohnya di kerusi campuran, peratusan pengundi Islam juga adalah tinggi,” kata Seng Giaw yang dipetik media tempatan.

Tambah beliau kesukaran itu menjadi semakin susah untuk diramalkan apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad pula menyertai blok pembangkang dan tidak semena-mena kemudian dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

Tokoh veteran DAP itu turut mendakwa pengundi Cina keseluruhannya belum tentu sokong tindakan Mahathir, 92, yang secara tiba-tiba menyertai Pakatan Harapan apatah lagi diangkat menjadi calon Perdana Menteri sementara.


“Jika bercakap soal trend pengundi Cina di Malaysia, kebiasaannya di kawasan bandar di mana-mana negara pun lebih memihak kepada wakil pembangkang, cuma pada kali ini masalahnya agak rumit sedikit untuk diramal.

“Keadaan politik telah banyak berubah terutama apabila Mahathir jadi pemimpin pembangkang. Kenapa beliau berbuat demikian. Semua orang sedang menilai apakah akan dibuat pemimpin lama ini,” jelas Seng Giaw.

PAS sebelum itu menyertai Pakatan Rakyat dianggotai DAP dan PKR namun setelah blok itu dibubarkan oleh DAP, PAS tidak menjadi komponen Pakatan Harapan yang disertai serpihannya, PAN. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori