Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

TNB Akan Sediakan Lebih...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang berusaha untuk menyediakan lebih banyak...

Azmin Dakwa UMNO Zaman...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin...

Remaja Perlukan RM25,000 Biayai...

MELAKA – Seorang remaja yang mengalami masalah ‘Adoloscent Idiopathic Scoliosis’ atau tulang belakang...

Polis Siasat Anggota Didakwa...

Melaka : Polis mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang anggotanya yang dikatakan...

Tempias Fitnah, Raja Afiq Tiada ‘Job’ Lakonan

DISEBABKAN terkena tempias fitnah kononnya menghamilkan seorang gadis sehingga melahirkan anak hasil daripada hubungan sulit, nasib pelakon Raja Afiq kini dirundum ‘malang’.

Baca: Aktor Hamilkan Wanita, Mohon Tampil Mengaku!

Juga: Aktor Hamil Kekasih, Nama Idris, Zul Pun ‘Sangkut’?

Difahamkan Afiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 25, terpaksa berniaga roti jala dan brownies bagi menampung hidupnya kerana tidak menerima tawaran lakonan hasil fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Namanya turut digugurkan pada saat akhir apabila gosip itu melanda dirinya sejak penghujung tahun lalu.

“Saya tidak malu menjual roti jala dan brownies di gerai untuk menampung hidup. Saya juga menerima tempahan di laman sosial dan sanggup menghantar sendiri kepada pelanggan.

“Alhamdulillah, biarpun tidak banyak, sekurang-kurangnya ada rezeki yang masuk. Tiada guna saya terus menyalahkan takdir yang tertulis.

“Saya harus bangkit demi keluarga. Menangis air mata darah sekalipun, saya harus meneruskan hidup. Saya bukan orang senang, selain turut menanggung keluarga,” katanya dipetik daripaada BH Online.

Dalam masa yang sama, Afiq turut perlu menanggung keluarganya dan banyak yang perlu dibayar serta diuruskan.

Walaupun dilemparkan dengan fitnah sedemikian, Afiq lebih memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu melayan gosip yang tiada kaitan dengan dirinya.


“Tidak sangka tindakan itu membuatkan saya menjadi mangsa hingga kerjaya lakonan hampir terkubur. Saya tidak tahu apa salah dan silap saya.

“Gosip itu terlalu kejam hingga ada yang menganggap, saya berperangai buruk seperti itu,” ujarnya lagi dengan penuh rasa kecewa.

Afiq yang mula dikenali melalui drama Sayangku Kapten Mukhriz itu menegaskan bahawa dia langsung tidak takut dengan apa yang terjadi kerana dia mengetahui bahawa dirinya tiada kaitan dengan perkara tersebut.

“Alhamdulillah, akhirnya gadis itu membuat pengakuan bayi yang dikandungnya bukan hasil hubungan dengan artis.

“Saya bersyukur Allah tunjukkan jalan yang sebenar. Tidak adil untuk terus meletakkan hukuman kepada saya dan rakan artis lain yang namanya turut terpalit sama,” tambahnya lagi.

Dia turut menganggap penganiayaan itu telah menabur pasir di dalam periuk nasi hingga mengganggu karier seninya.

Tambahnya juga, dia hanya mampu berserah kepada Allah SWT dan turut mempercayai bahawa doa orang yang dianiaya pasti akan diamakbulkan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori