Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

SPR Nasihat Semak Awal...

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N49...

Video: Pelancong China Yang...

SEBELUM ini, viral video sekumpulan pelancong dari China yang kelakuan kurang sopan berebut mengambil menu udang...

KKM Bersedia Kaji Vaksin...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia menjalankan kajian vaksin dan selain vaksin untuk...

Bukan Sengaja Nak Tayang...

PELAKON Aeril Zafrel menjelaskan tindakan dia memuat naik foto dan video kemesraan bersama...

Terkejut Temui Ratusan Telefon Pintar Terapung

ANEH… Penduduk di sebuah perkampungan di daerah Paritiga, Bangka Barat, Indonesia dikejutkan dengan penemuan ratusan telefon pintar yang terapung di perairan Teluk Limau.

Insiden pelik itu dilaporkan berlaku pada 17 Januari lalu apabila ratusan telefon pintar daripada pelbagai jenama terkenal dijumpai beberapa nelayan tempatan ketika melakukan rutin harian mereka minggu lalu.

Ia lantas membuatkan kawasan perikanan tradisional di sekitar jeti Teluk Limau diserbu penduduk setempat yang tidak melepaskan peluang untuk ‘mengaut’ seberapa unit gajet pintar yang boleh.

“Jumlah yang ditemui banyak sekali, lebih seratus unit daripada jenama Xiaomi, Apple, Samsung dan Oppo.

“Malah ada yang sanggup menyewa bot selama beberapa hari bagi meninjau di kawasan pinggir pantai Teluk Limah,” kata Ketua Kampung Teluk Limau, Haydir seperti yang dipetik Tibunnnews.


Difahamkan, tiada siapa yang mengetahui pemilik asal telefon pintar berkenaan namun khabar angin mengatakan ia hanyut dibawa arus dari Kepulauan Riau.

Sementara itu, kebanyakan telefon pintar berkenaan dijual semula secara dalam talian dengan tawaran harga yang cukup murah.

“Saya beli telefon Xiaomi pada setengah harga saja iaitu 600 ribu rupiah (RM188). Setelah semaknya, ia merupakan telefon Xiaomi yang tulen,” tulis seorang netizen tempatan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori