Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Busana Tidak Sesuai, Neelofa...

CARA pelakon cantik, Neelofa berfesyen sememangnya sering kali mendapat perhatian daripada ramai netizen. Sebelum...

KPM Kehilangan Seorang Guru...

BAU – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kehilangan seorang guru yang hebat berikutan pemergian...

Ijazah Palsu: Marzuki Kekal...

PENJELASAN Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Marzuki Yahya mengenai isu...

Stacy Selamat Lahirkan Bayi...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Stacy Anam atau Ummu Shaikhah Stacy Anam  selamat melahirkan...

TFC Pilih Park Seung Il Ganti Kim Hyun Woo

KUALA TERENGGANU – Terengganu Football Club (TFC) memilih Park Seung Il dari Korea Selatan bagi menggantikan rakan senegaranya Kim Hyun Woo yang mengalami kecederaan dan tidak mampu beraksi dalam Liga Malaysia 2018 (Liga M).

Ketua Jurulatih TFC, Irfan Bakti Abdul Salim berkata Hyun Woo mengalami kecederaan serius hingga perlu mengambil masa lama untuk pulih.

“Khidmat Hyun Woo kini diambil alih Seung Il namun begitu Seung Il tidak akan diturunkan lagi pada perlawanan pertama kerana masih belum cerdas sepenuhnya. Beliau juga akan bermain sebagai penyerang tetapi peranannya sedikit berlainan daripada Hyun Woo.

“Beliau perlu digilapkan sedikit dan setakat ini sudah tiga hari berlatih dalam kem TFC dan insya-Allah akan diturunkan pada perlawanan kedua atau ketiga,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Hyun Woo yang merupakan bekas penyerang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) musim lepas itu terpaksa berehat sehingga enam bulan ekoran kecederaannya lantas menjadi faktor Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mencari pemain import lain untuk menggantikannya.

Dalam perkembangan lain, Irfan Bakti berkata mereka kini telah menguji kesebelasan utama yang bakal diturunkan pada Februari nanti.


“Kita juga telah uji kesebelasan utama kita ini pada persahabatan menentang Macerra Kuantan FC dua hari lalu dan saya gembira ada peningkatan dari segi keseragaman bermain dalam satu pasukan.

“Bermula daripada perlawanan pramusim di Kemboja, perlawanan empat penjuru Piala Menteri Besar Terengganu sudah menampakkan keserasian dalam kalangan pemain. Objektif kita adalah untuk menang salah satu pingat dan ia bukan mudah…saya tahu tapi kita harus berusaha untuk mencapai sebagaimana yang diingini oleh persatuan,” katanya. – BERNAMA

Kategori