Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pakistan Haram Babak Asmara...

TEGAS... Kerajaan Pakistan bertindak mengharamkan sebarang penayangan babak-babak intim atau berbaur lucah disiarkan...

Mayat Budak Lelaki Ditanam...

Kuala Lumpur - Mayat yang ditanam di bawah lantai dapur rumah di Taman...

The Rock Pegang Rekod...

PELAKON The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson melakar sejarah Guinness World mengambil...

Sokong PM Bawa Isu...

CHUKAI - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat tanpa mengira kaum,...

TH Gesa Pendeposit Kemas Kini Profil Peribadi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati pendeposit supaya mengemas kini profil peribadi masing-msing sekiranya terdapat sebarang perubahan terkini mengenai alamat, nombor telefon dan penamaan waris.

TH berkata proses kemas kini itu bertujuan untuk memudahkan pihaknya menghubungi pendeposit selain mengelakkan kes surat tawaran haji tidak diterima kerana bertukar alamat.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata daripada sejumlah 9.3 juta pendeposit TH, hanya 2.9 juta pendeposit telah mengemas kini profil peribadi masing-masing.

“Saya berharap kesemua pendeposit mengambil perhatian, dan mengambil tindakan susulan bagi memastikan kelancaran penyaluran makluman penting oleh TH kepada pendeposit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Proses kemas kini itu boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Cawangan TH, Pusat Perkhidmatan TH dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).


“Proses itu juga boleh dilakukan di kaunter-kaunter rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamik di seluruh negara,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan TH, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di 03-6207 1919. – BERNAMA

Kategori