Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Korea Utara Berhak Halau...

KUALA LUMPUR - Korea Utara pun berhak untuk menghalau Duta Malaysia dan mengisytiharkannya...

Si Kitul Moden: Tali...

KALAU cakap pasal Si Kitul, sudah pasti kita akan teringat kepada kisah si...

Arab Saudi Bina Bandar...

LONDON - Arab Saudi mengumumkan akan membina projek perbandaran mega bernilai RM2.1 trilion...

Presiden ITD Thailand Diberkas...

KANCHANABURI (Thailand) - Presiden firma pembinaan dan kejuruteraan terkemuka Thailand, Italian-Thai Development Public...

Tiada Kejadian Culik Kanak-Kanak Di Rompin

KUANTAN – Dakwaan berlaku kes culik melibatkan beberapa kanak-kanak di sekitar daerah Rompin yang tular dalam laman sosial WhatsApp adalah tidak benar.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Azli Mohd Noor meminta mereka yang menerima mesej itu untuk tidak menyebarkannya kerana boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.

“Kita tidak menerima laporan berkaitan kes culik seperti dinyatakan dalam mesej itu. Bagi kes yang didakwa berlaku berhampiran sebuah tadika di taman perumahan, ia sebenarnya adalah cubaan mencuri kereta.

“Kita percaya orang terlibat mahu mencuri kerata kerana banyak kereta yang diletakkan di kawasan luar rumah. Bagaimanapun, dia hanya sempat memecahkan cermin tingkap kereta sebelum melarikan diri,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Azli menambah mereka yang menerima maklumat seperti itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.


Sejak beberapa hari lepas, mesej mendakwa berlaku tiga kejadian culik di Rompin tular dalam kumpulan WhatsApp selain mendakwa kononnya ada mangsa culik di Johor ditemui dalam keadaan semua organ dalamannya tiada. – BERNAMA

Kategori