Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Budak Perempuan Hilang Dibawa...

Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang dibawa arus ekoran terjatuh dalam sungai di Kampung...

Bengang Dihina, Suami Tak...

SELAIN kes rogol, kes bunuh pun banyak berlaku pada zaman sekarang ni. Mungkin...

Manifesto BN: Sabah, Sarawak...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) menjanjikan wilayah Sabah dan Sarawak sebagai hab...

MAB Dijangka Mula Kutip...

SEPANG – Malaysia Airlines Bhd (MAB) dijangka mula mengutip keuntungan tahun depan, kata...

Tiada Tumpahan Minyak Atas Jalan Gunung Lang

IPOH – Tiada tumpahan atau kesan minyak di atas jalan raya di susur keluar Jalan Kuala Kangsar ke Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran pusat rekreasi Gunung Lang di sini seperti yang tular di laman sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata beliau telah mengarahkan anggota polis melakukan pemeriksaan di kawasan tersebut, namun tiada sebarang kesan minyak dijumpai.

“Anggota polis telah pergi ke lokasi kejadian seperti yang tular di laman sosial itu, namun kita dapati tiada sebarang tumpahan atau kesan minyak di situ.

“Saya tidak boleh katanya (tular itu) sebagai tidak benar tetapi mohon sekiranya ada berlaku laporkan kepada pihak berkuasa dan nyatakan lokasi atau maklumat dengan jelas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Insiden kononnya tumpahan minyak yang sengaja dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab itu tular di media sosial kerana menyebabkan terdapat penunggang motosikal yang cedera akibat terjatuh. – BERNAMA

Kategori