KUALA LUMPUR — Tiga gimnas terbaik yang akan menggalas cabaran negara dalam acara gimnastik berirama (gimrama) pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, April ini, akan diketahui selepas sesi pemilihan terakhir, Selasa depan.
Pengurus pasukan Corine Beh berkata pihaknya mempunyai empat gimnas terbaik dalam senarai akhir namun hanya tiga akan terpilih berdasarkan peraturan yang ditetapkan penganjur temasya sukan itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi lawatan ketua kontinjen Huang Ying How ke kem latihan skuad gimrama, gimnastik dan ping pong di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.
Pada temasya Sukan Komanwel dari 4 hingga 15 Aptril ini, skuad negara akan dibarisi sembilan atlet keseluruhannya iaitu dua gimnas lelaki dan empat gimnas wanita dalam acara artistik dan tiga atlet gimrama. – BERNAMA