Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kastam Kedah Sasar 580...

ALOR SETAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menyasarkan 580 pendaftar berpotensi...

Pegawai Bank, Suami Dipercayai...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank dan suaminya yang dipercayai terbabit dalam kes...

Bazar: Pengguna Digesa Guna...

JITRA - Pengguna terutama suri rumah diminta menggunakan hak sebagai pengguna untuk memboikot...

PEJUANG Tawar Kerajaan Penyayang...

KUALA LUMPUR : Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menawarkan sebuah kerajaan penyayang, yang...

3 Majikan Mengaku Bersalah Menggaji Warga Asing

KUALA TERENGGANU – Tiga majikan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menggaji warganegara asing secara haram.

Shafie Ismail, 55, dituduh melakukan kesalahan itu dengan membenarkan Roheemah Su Long, 23, seorang warganegara Thailand tinggal di premis Restoran Roti Tempayan dan Tomyam, Taman Paka Perdana, Dungun pada 12.55 pagi, 9 Jan lepas.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 55E(2) akta sama, yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap imigran haram yang dijumpai di premis.

Hakim Azman Mustapha kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda RM5,000 bagi kesalahan itu. Dia membayar denda tersebut.

Sementara itu, Yakmin Zada Amir Zada, 44, seorang rakyat Pakistan didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah menggaji warganegara Myanmar, Shamsul Alam Shery Tullah, 21. — LAGI

Yakmin dituduh melakukan kesalahan itu di kedai perabot A Y Hijjaz Sdn Bhd, Kampung Wakaf 2, Pekan Bukit Payung, Marang pada 12.50 tengah hari 10 Jan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 55 B (1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 55B(1) akta sama, yang jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap warganegara asing yang diambil bekerja.

Yakmin membayar denda tersebut.

Tham Fook Soon, 51, pula didenda RM50,000 atas kesalahan mengaji lima orang warganegara China yang turut didapati tinggal lebih masa di negara ini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Refleksologi dan Fisioterapi Cukai di Taman Cukai Utama, Kemaman pada 11.25 malam, 8 Jan lepas.

Tham membayar denda tersebut.


Di mahkamah sama, dua majikan lain mengaku tidak bersalah bagi kesalahan menggaji warganegara asing.

Pemilik restoran, Mujahida Abdullah, 28, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggaji 12 warganegara Thailand yang turut melanggar syarat pas yang ditetapkan. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kedai makan Teganu Style Restaurant, Tanah Lapang Tapak Bazar Mara, Paka pada 10.20 malam, 10 Jan lepas.

Hakim Azman kemudian memerintahkan tertuduh membayar jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Feb depan bagi sebutan semula kes.

Nurul Suhada Muhammad, 29, pula didakwa menggaji seorang warganegara Bangladesh, Julhas Uddin, 29, yang juga adik iparnya, pada 7 Jan lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 12.50 tengah hari di Syafiqah Maju Enterprise, Depan Stesen Bas MBKT, Jalan Syed Hussein, Kuala Terengganu.

Hakim Azman memerintahkan Nurul Suhada diikat jaminan RM5,000 dan menetapkan 25 Feb depan bagi sebutan semula kes.

Kesemua pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Terengganu, Nur Hidayah Ramley. – BERNAMA

Kategori