Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Di Mana Anda Boleh...

BENCANA banjir yang menimpa negara terutama di Pantai Timur, membuatkan ramai pengguna ingin mengetahui maklumat semasa...

Polis Jumpa Pihak Berkaitan...

KUALA TERENGGANU - Polis akan mengadakan perjumpaan dengan persatuan peniaga dan penjaja serta...

Kisah Selebriti Tempatan Yang...

KES bekas vokalis sebuah kumpulan popular tahun 90an, berusia 43 tahun yang ditahan polis...

Mangsa Kedua Lemas Ditemui...

KUALA BERANG -  Tidak sampai dua jam selepas penemuan mayat pertama kes lemas...

Tindakan Tegas IPTS Langgar Peraturan Kementerian

TELUK INTAN – Kementerian Pendidikan Tinggi akan bertindak tegas terhadap mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini yang didapati melanggar peraturan dan garis panduan ditetapkan.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata pihak yang mengenakan yuran ‘terselindung’, keengganan membayar semula baki yuran daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selain memperdaya orang ramai dengan janji manis tidak akan terlepas daripada tindakan.

Ini kerana, katanya tindakan tidak bertanggungjawab itu melanggar Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Akta 555) yang mula berkuat kuasa mulai November tahun lepas.

“Kita ada Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQUEST) untuk mengkaji status dan kedudukan kolej. Ini untuk pastikan kolej yang ada adalah kolej tulen yang jalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan Projek Fasa 2 Bagi Pembinaan Kampus Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris Kampus Teluk Intan, di sini hari ini.


Idris berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhamad Yusof Azmi mengenai tindakan IPTS melakukan pelbagai pelanggaran peraturan termasuk enggan memulangkan baki yuran PTPTN kepada pelajar.

“Saya perlu mendapat maklumat terperinci mengenai (dakwaan) perkara tersebut. Kita akan lihat secara keseluruhannya kerana kita kena kaji dahulu tuduhan-tuduhan tersebut,” kata Idris. – BERNAMA

Kategori