Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jemaah Haji Bebas Jangkitan...

SEPANG - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memaklumkan bahawa tiada sebarang jangkitan...

Penganggur Curi Baju Dijel...

KUALA LUMPUR - Seorang pengganggur dipenjara tujuh hari dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah...

5 Tahun Baju Tidak...

KLUANG - Bukan seminggu atau sebulan sebaliknya lebih lima tahun pakaian lusuh tidak...

PRU15: Spekulasi Orang BN...

PETALING JAYA – Spekulasi bertiup kencang sejak petang tadi mendakwa beberapa nama besar...

Tindakan Tunda, Saman Jika Parkir Di Bahu Jalan KLIA

SHAH ALAM – Pemandu yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, bakal berdepan tindakan tunda dan saman oleh pihak polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata tindakan tersebut diambil berikutan masih ramai pengguna yang tidak mematuhi arahan pihak berkuasa supaya tidak menggunakan bahu jalan sekitar kawasan itu sebagai tempat menunggu penumpang di terminal KLIA walaupun tempat meletak kenderaan secara percuma disediakan.

Menurut beliau, antara kawasan yang menjadi tumpuan pengguna kenderaan untuk menunggu penumpang ialah di sekitar bahu jalan berdekatan terminal berkenaan sehingga stesen minyak Petronas berhampiran.

“Pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah menyediakan kawasan meletak kenderaan yang mencukupi termasuk ruang istirehat, surau, dan tempat makan. Namun, masih ramai yang menggunakan bahu jalan sebagai tempat menunggu.

“Kita tidak akan sesekali berkompromi dan saman RM300 akan dikeluarkan serta-merta kepada pesalah sekiranya mereka masih ingkar,” katanya dalam sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Pada Jumaat lalu, MAHB telah menyediakan ruang parkir percuma untuk mereka yang menunggu ketibaan penumpang di KLIA.


Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali dilaporkan berkata, pihaknya menyediakan ruang parkir di tepi kawasan Long Term Car Park (LTCP) secara percuma selama setengah jam.

Kata Mazlan, pihaknya juga akan menunda kenderaan pengguna jalan raya yang masih ingkar dengan arahan terbabit selain mereka turut dikenakan kompaun apabila mengambil semula kenderaan masing-masing.

“Selain tindakan saman dan tunda kenderaan, pihak kami juga akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan berkenaan untuk mengenal pasti pengguna jalan raya yang masih berdegil,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori