Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Annuar Bidas PFAM Banyak...

KUALA LUMPUR - "Saya dapati Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) banyak...

Pak Ya Pertahan Keaslian...

MUAR - Kecintaan terhadap masakan asam pedas Muar menyebabkan bekas anggota Rejimen Askar...

Masa Sesuai, Situasi Menang-Menang...

KUALA LUMPUR - Pemain beregu campuran negara Chan Peng Soon berkata sekarang adalah...

4 Calon Bersaing Di...

SHAH ALAM : Empat calon bertanding merebut kerusi Parlimen P.108 Shah Alam yang...

TKC Terima Sumbangan Bas Daripada PM, Isteri

KUALA LUMPUR – Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Negeri Sembilan, hari ini menerima sebuah bas jenis “coaster” sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang akan menjadi pengangkutan untuk pelajar sekolah itu.

Replika kunci bas itu diserahkan kepada Pengetua TKC Anismah M Noh oleh Presiden Persatuan Murid-Murid Tua TKC, Tan Sri Rafiah Salim dan disaksikan Rosmah yang juga alumni TKC.

Rafiah berkata penyerahan sumbangan bas itu merupakan kali kedua diterima sekolah itu selepas kali pertama pada Mei tahun lepas.

“Tahun lepas TKC menerima bas yang boleh memuatkan 44 orang, tahun ini kita terima bas jenis coaster yang boleh memuatkan 25 orang, sesuai untuk kegunaan pelajar yang terlibat kegiatan sukan seperti hoki dan bola jaring,” katanya kepada pemberita selepas karnival TKC Walk-Run di Universiti Malaya hari ini.

Penganjuran karnival yang masuk kali kedua itu diadakan bertujuan untuk mengutip dana bagi membaik pulih kemudahan peralatan sukan di sekolah berasrama penuh tersebut.


Lebih 1,000 peserta menyertai karnival itu yang merangkumi pelbagai aktiviti kesukanan seperti larian atau berjalan kaki sejauh lima kilometer, tarian poco-poco, senamrobik dan zumba. – BERNAMA

Kategori